Sunday, July 18, 2010

Aku, bas dan masjid.


Masa berlalu pantas,terlalu pantas.Sehinggakan apa yang dibuat saban hari terasa sekejap sahaja.Sesibuk mana pun aku yang pasti masa tidak akan menunggu kita walau sesaat pun.Masa itu ibarat pedang,andai kata kita tidak memotongnya,ia akan memotong kita dan pelbagai ungkapan yang boleh menggambarkan betapa berharganya masa itu pada kehidupan kita seharian.

Jika dilihat dari segi pendahuluan sebentar tadi,mungkin tiada kaitan dengan tajuk yang ingin dikongsi pada kali ini,namun mukadimah sekadar mukadimah dan isi yang ingin dikongsi adalah tidak terlalu jauh dengan dengan tajuk diatas.
*********
Sabtu 17 Julai 2010,

Setibanya aku di stesen LRT Ampang,perkara dalam minda adalah untuk mengejar masa untuk tiba dirumah,sampai awal boleh la makan cepat sebab perut dan berkeroncong cam nak pecah.Almaklumla sarapan pagi tadi pun tak sempat nak dihadam.

Jam ditangan tepat menunjukkan 1.45 petang,bang zohor sebentar lagi akan berkumandang,Jarak bas dan masjid adalah dalam 500m.Jarak yang tidak seberapa jauh kalau diikutkan dengan kudrat orang muda yang ada pada aku ini sepatutnya tiada masalah untuk bergerak,tetapi hati resah takut-takut bas yang nak dinaiki terlepas pula.

Masa berlalu dan terus berlalu,bas yang patutnya sampai pada pukul 2 petang still tak kunjung tiba.Buatkan dada sedikit berasap dengan kerenah rapid KL yang tak pernah nak on time.Dalam masa yang sama aku sedikit resah,azan sudah bang,aku pula masih di stesen bas.Masjid pun bukan jauh mana pun.Pada masa yang sama aku takut,kalau aku pergi ke masjid,nanti bas datang pulak.Kalau terlepas,jenuh nak tunggu lagi sejam...pening-pening..

Kali ini aku betul-betul gelisah,mengenangkan azab orang yang gemar sangat menangguhkan solat,pesan abang kamal padaku sebaiknya solat la awal pada masanya dan diikutkan solat yang berkualiti adalah solat yang diawal waktunya dan dapat berjemaah.

Bas demi bas berlalu,nama bukit indah still tak terpacul-pacul.Sesak dengan kata-kata abg kamal dalam ruangan medulla oblongata,aku terus tekad angkat kaki terus ke masjid.Lantak pi la bas tuw,dari aku menuggu dan terus menunggu sedangkan amanah terbesar dalam hidup dilewat-lewatkan,its better for me angkat kaki blah dari situ.Sampai masjid aku sdikit frust coz tak de da jemaah.Aku seorang je yang tinggal.namun begitu,aku bersyukur aku diberi kesempatan untuk aku beribadat di rumah Allah.

Selesai solat,dengan hati yang sangat-sangat tenang dan plus tawakal dengan isu bas tadi,aku pown melangkah dan alangkah terkejutnya apabila bas yang sangat-sangat aku tunggu tadi da terpacak betul-betul kat stesen bas tuw,siap driver pi beli air sat kat kedai.Subhanallah!!Meremang bulu roma aku,terasa diri ney hina sangat,aku teringat dalam kuliah ustaz Yus..”kita ney manusia tak pernah sunyi dengan dosa,sebanyak dosa mana sekalipun kita ney tapi kasih sayang Allah sentiasa mendahului kemurkaanNya.Takjub plus terkesima.

Terasak lagi aku dengan ayat2 al-quran yang menceritakan tentang janji Allah kepada hambaNya,antaranya:

“Dan ingatilah Aku,maka Aku akan mengingati kamu,dan bersyukurlah kepada-ku,dan jangan sesekali kamu kufur.”(Al-Baqarah:152)

“Wahai orang yang beriman,mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah itu bersama dengan orang2 yang sabar.”(Al-Baqarah:153)

“Sungguh orang yang beriman,yang megerjakan kebajikan,melaksanakan solat dan menunaikan zakat,mereka mendapat pahala disisi Tuhannya.Tiada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.”(Al-Baqarah:227)

Bas kemudiannya bergerak menuju ke destinasi.Walaupun pengalaman yang aku kongsikan ini hanyalah satu perkara yang biasa,tapi apabila kita memandang dengan mata hati,perkara yang biasa inilah yang luar biasa.

-Aku,bas dan masjid TAMAT-

Friday, July 16, 2010

harapan pada mu subur kembali..






Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila Kenangkan Qahar-Mu
Rasa Gerun Di Hatiku
Kerana Takutkan Seksa-Mu

Hamba-Mu Rasa Berputus Asa
Siapakah Dapat Bersihkan Diri
Dari Segala Dosa yang Memburu
Setiap Hari Setiap Ketika

Tika Mengenang Ghafar-Mu
Putus Asa Tiada Lagi
Semangatku Pulih Semula
Harapanku Subur Kembali

Ujian Menimpa Menekan Di Jiwa
Tak Sanggup Meneruskan Perjuanganku
Mehnah-Mu itu Penghapus Dosaku
Mengganti Hukuman-Mu Di Akhirat

Di Waktu Mengenang Rahmat-Mu
Terasa Diri Kurang Bersyukur
Pada-Mu Harusku Memohon
Moga Syukurku Bertambah

Alangkah Susahnya
Mendidik Nafsuku
Yang Tidak Dapat Melihat Kebenaran-Mu
Bantulah Hamba-Mu
Dalam Mendidik Jiwaku Ini



"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."



Monday, July 12, 2010

cinta al huda...


Maafkan aku
Maafkan aku kerana meminggirkanmu
Menyisihkanmu dari lembaran hidupku
Aku hidup sendirian
Tanpa memikirkan perasaanmu
Tanpa memikirkan betapa sedihnya dirimu
Betapa pilunya hatimu



Aku tahu kau merintih dari jauh
Mengharapkan kepulanganku ke sisi
Aku tak sedar semua itu
Aku masih dalam duniaku
Dunia yang kucipta sendiri
Walaupun tanpa basahnya lidahku
Membaca setiap bait darimu



Namun mungkin kerana
Cintamu masih kuat padaku
Kau masih memimpinku
Dari kejauhan



Aku melakukan kewajipanku
Walau ada kekurangan
Namun kucuba sebaik mungkin
Menjadi hambaNya








Setelah lama aku termenung
Berfikir dan terus berfikir
Menyoal dan terus menyoal
Akhirnya aku bertemu jua
Jawapan yang merungkai
Segala persoalan



Suaramu menggamit jiwaku
Membuat aku kehibaan
Air mataku menitis
Aku berasa cukup sempurna
Walau aku tidak memahaminya
Betapa menyesalnya aku
Kerana meninggalkanmu



Kenapa aku tak membaca bait-bait indahmu?
Kenapa aku tak menghayatimu?
Sesungguhnya kaulah jawapan pada pencarianku









Aku gembira…
Kerana lidahku kini basah dengan ayat-ayatmu
Fikiranku makin tenang
Kaulah penawar hatiku di saat kesukaran
Tak tahu mengapa
Mungkin itulah kelebihanmu



Ya Allah
Jadikan al-quran penyejuk hatiku
Penawar luka dan laraku
Panduanku
Walau waktu dan musim berubah
Walau aku yang berubah
Harapanku…
Biarlah ia sentiasa di dadaku
Selama-lamanya



Wahai kalamullah
Wahai al-huda
Wahai as-syifa’
Serapilah dalam jiwaku
Dalam setiap aliran darahku
Sehingga aku kembali
Kepada Dia yang menurunkanmu
Semoga kita bertemu di sana dan berbual mesra
Agar dapat kuselami dirimu sedalam-dalamnya…




Tuesday, July 6, 2010

mengatasi keindahan dunia...



Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit. Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.


Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari).


Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegaslah bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Saturday, July 3, 2010

memoir...



Aku bersama senior-senior dan sahabat-sahabat IMAM...

Yang pasti kerinduan pada mereka tidak akan malap...

Saat mana hidayah datang tanpa kita sedari..

Dalam satu lingkup masa kita memerlukan kesedaran nabawiyah..

Gerak geri mereka sentiasa meniup obor-obor perjuangan..

Masa terus berlalu..

Meninggalkan memoir yang tulus tanpa padam...

Benarlah kata sebuah pujangga..

Ikatan perjuagan itu lebih kuat daripada ikatan adik beradik yang diikat dengan darah..

Betapa manis dan bahagianya berada dalam usrah dan perjuangan islam..

Akhir kata...

Aku sayang mereka kerana Allah untuk islam...

Salam ukhuwah dari sahabatmu..

TANGGUNGJAWAB HAMBA HANYA TAAT...


Pernah membaca surah al-‘Adiyat?

Andai kita membaca terjemahannya.Ada sesuatu yang besar di dalamnya padaku.Jom lihat maknanya satu persatu...

“Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang”
“Demi kuda perang yang berlari kencang sekencang-kencangnya.”
“Dan kuda yang memercikkan bunga api(dengan pukulan ladam kakinya).”
“Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba pada waktu pagi.”
“Sehingga menerbangkan debu-debu.”
‘Lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh.”
“Sungguh manusia itu sangat ingkar(tidak bersyukur) kepada tuhannya.”
“Dan sesungguhya dia(manusia) menyaksikan mengakui keingkarannya.”
“Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan”
”maka tidakkah dia mengetahui apabila apa yang ada didalam kubur dikeluarkan”
“Dan apa yang tersimpan di dalam dada dikeluarkan?”
“Sungguh,tuhan mereka pada hari itu Maha teliti terhadap keadaan mereka.”
(Al-‘Adiyat: 1-11)

Setelah beberapa pembacaan dan pendengaran yang telah kuteliti dan hayati,sememangnya ayat ini mempunyai satu perkongsian yang sangat-sangat mendalam ertinya..

Apa yang aku dapat ianya adalah satu perbandingan.Perbandingan antara manusia yang berakal dan kuda perang yang tidak dikurniakan akal.
Dalam sebuah buku yang aku baca,buku itu bertajuk ‘kembara hamba mencari cahaya’ karya Hilal Asyraf..Aku tertarik pada penyampaian beliau,dimana salah satu pengalaman beliau,beliau sangat-sangat tertarik dengan penyampaian seorang guru bahasa inggerisnya,Sir Abdul Natsir,beliau hendak naik ke surau ketika itu,terdengar dia membicarakan surah ini.Beliau tertarik dengan penyampaian itu dan terus bersembunyi di sebalik dinding dan mendengar bicaranya.

Sir Abdul Natsir menyoal,apa hikmah Allah SWT menyatakan kuda perang disini,kemudian menyatakan pula keingkaran manusia kepada-Nya?

Dia berkata,kalau kita melhat sendiri kehidupan kuda perang itu,maka hati kita akan tersentuh.Kuda perang ini,sesuai dengan namanya,dia digunakan untuk berperang.Dia dibesarkan dengan tujuan untuk menemani tuannya,si penunggang kuda untuk berperang di medan peperangan yang dahsyat.Makanan harian kuda perang hanyalah rumput kering,dan dia hanya minum air kosong yang bukannya dimasak.Dan dia mempunyai risiko yang besar untuk terkorban dalam medan perjuangan.

Walau mnedapat layanan sebegitu rupa,kuda perang,sebagaimana yang diceritakan Allah dalam surah ini,ternyata bersemangat dan bersungguh-sungguh.Kuda perang berjuang bersama-sama tuannya sehingga ladam kakinya memercikkan api dan menaikkan debu-debu pasir,menunjukkan kedashyatan semangatnya bersama tuannya.Dia sanggup bangkit pada awal pagi dan berperang bersama tuannya tanpa membantah.Walaupun makanannya adalah hanya rumput kering dengan penjagaan yang ala kadar.

Dibandingkan kita manusia,Allah berikan kita nikmat yang pelbagai sehingga tidak terhitung banyaknya.Yang kebanyakan kita lakukan ialah melupakanNya.Yang kebanyakan kita lakukan ialah meninggalkan segala perintahNya.Sedangkan kuda perang yang dilayan serba kurang sanggup berjuang mati bersama-sama tuannya,tetapi manusia lebih mencintai dunia daripada Allah SWT yang menciptakannya.

Aku tertarik melihat artikel ini.Aku terpegun,Di balik dinding aku terfikir.Aku mendapat satu kefahaman.Tanggungjawab hamba ialah ketaatan kepada Allah,tunduk dan patuh kepada segala perintahNya serta meninggalkan laranganNya.Itulah yang aku Nampak.Kuda perang apabila mati dia tidak mendapat apa-apa pun,mana ada syurga atau neraka,hatta tuannya pun akan lupakan dia.Namun dia sanggup mentaati tuannya yang melayan nya ala kadar.

Justeru,apakah yang sepatutnya kita ini yang mati nanti dijanjikan pelbagai ganjaran,yang dilayan oleh Allah tanpa kekurangan,lakukan?

Aku jadi malu dengan kuda perang.Dia tidak berakal,aku berakal.Apakah kerana dia tidak berakal maka dia taat tanpa bantah,atau kerana aku berakal,maka saya rasa saya bijak lalu membantah?Sepatutnya kita yang berakal ini lebih taat,lebih tawaduk,lebih berjaga-jaga,kerna kita berfikir dan dapat menilai.

Masya-Allah..surah al-‘Adiyat ini kalau dihayati,tidak sampai seminit,tetapi maknanya sangat sesuai untuk sepanjang kehidupan kita.

Tanggungjawab hamba ialah taat kepada Allah semata-mata.

“tiada ilah melainkan Allah”

Sebab itulah dalam al-quran,kita akan jumpa berulang kali dengan ayat ini...

“taatlah kamu kepada Allah...”

Alangkah baiknya kalau kita ambil masa sebentar,duduk dan berfikir...