Saturday, July 3, 2010

memoir...



Aku bersama senior-senior dan sahabat-sahabat IMAM...

Yang pasti kerinduan pada mereka tidak akan malap...

Saat mana hidayah datang tanpa kita sedari..

Dalam satu lingkup masa kita memerlukan kesedaran nabawiyah..

Gerak geri mereka sentiasa meniup obor-obor perjuangan..

Masa terus berlalu..

Meninggalkan memoir yang tulus tanpa padam...

Benarlah kata sebuah pujangga..

Ikatan perjuagan itu lebih kuat daripada ikatan adik beradik yang diikat dengan darah..

Betapa manis dan bahagianya berada dalam usrah dan perjuangan islam..

Akhir kata...

Aku sayang mereka kerana Allah untuk islam...

Salam ukhuwah dari sahabatmu..

TANGGUNGJAWAB HAMBA HANYA TAAT...


Pernah membaca surah al-‘Adiyat?

Andai kita membaca terjemahannya.Ada sesuatu yang besar di dalamnya padaku.Jom lihat maknanya satu persatu...

“Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang”
“Demi kuda perang yang berlari kencang sekencang-kencangnya.”
“Dan kuda yang memercikkan bunga api(dengan pukulan ladam kakinya).”
“Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba pada waktu pagi.”
“Sehingga menerbangkan debu-debu.”
‘Lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh.”
“Sungguh manusia itu sangat ingkar(tidak bersyukur) kepada tuhannya.”
“Dan sesungguhya dia(manusia) menyaksikan mengakui keingkarannya.”
“Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan”
”maka tidakkah dia mengetahui apabila apa yang ada didalam kubur dikeluarkan”
“Dan apa yang tersimpan di dalam dada dikeluarkan?”
“Sungguh,tuhan mereka pada hari itu Maha teliti terhadap keadaan mereka.”
(Al-‘Adiyat: 1-11)

Setelah beberapa pembacaan dan pendengaran yang telah kuteliti dan hayati,sememangnya ayat ini mempunyai satu perkongsian yang sangat-sangat mendalam ertinya..

Apa yang aku dapat ianya adalah satu perbandingan.Perbandingan antara manusia yang berakal dan kuda perang yang tidak dikurniakan akal.
Dalam sebuah buku yang aku baca,buku itu bertajuk ‘kembara hamba mencari cahaya’ karya Hilal Asyraf..Aku tertarik pada penyampaian beliau,dimana salah satu pengalaman beliau,beliau sangat-sangat tertarik dengan penyampaian seorang guru bahasa inggerisnya,Sir Abdul Natsir,beliau hendak naik ke surau ketika itu,terdengar dia membicarakan surah ini.Beliau tertarik dengan penyampaian itu dan terus bersembunyi di sebalik dinding dan mendengar bicaranya.

Sir Abdul Natsir menyoal,apa hikmah Allah SWT menyatakan kuda perang disini,kemudian menyatakan pula keingkaran manusia kepada-Nya?

Dia berkata,kalau kita melhat sendiri kehidupan kuda perang itu,maka hati kita akan tersentuh.Kuda perang ini,sesuai dengan namanya,dia digunakan untuk berperang.Dia dibesarkan dengan tujuan untuk menemani tuannya,si penunggang kuda untuk berperang di medan peperangan yang dahsyat.Makanan harian kuda perang hanyalah rumput kering,dan dia hanya minum air kosong yang bukannya dimasak.Dan dia mempunyai risiko yang besar untuk terkorban dalam medan perjuangan.

Walau mnedapat layanan sebegitu rupa,kuda perang,sebagaimana yang diceritakan Allah dalam surah ini,ternyata bersemangat dan bersungguh-sungguh.Kuda perang berjuang bersama-sama tuannya sehingga ladam kakinya memercikkan api dan menaikkan debu-debu pasir,menunjukkan kedashyatan semangatnya bersama tuannya.Dia sanggup bangkit pada awal pagi dan berperang bersama tuannya tanpa membantah.Walaupun makanannya adalah hanya rumput kering dengan penjagaan yang ala kadar.

Dibandingkan kita manusia,Allah berikan kita nikmat yang pelbagai sehingga tidak terhitung banyaknya.Yang kebanyakan kita lakukan ialah melupakanNya.Yang kebanyakan kita lakukan ialah meninggalkan segala perintahNya.Sedangkan kuda perang yang dilayan serba kurang sanggup berjuang mati bersama-sama tuannya,tetapi manusia lebih mencintai dunia daripada Allah SWT yang menciptakannya.

Aku tertarik melihat artikel ini.Aku terpegun,Di balik dinding aku terfikir.Aku mendapat satu kefahaman.Tanggungjawab hamba ialah ketaatan kepada Allah,tunduk dan patuh kepada segala perintahNya serta meninggalkan laranganNya.Itulah yang aku Nampak.Kuda perang apabila mati dia tidak mendapat apa-apa pun,mana ada syurga atau neraka,hatta tuannya pun akan lupakan dia.Namun dia sanggup mentaati tuannya yang melayan nya ala kadar.

Justeru,apakah yang sepatutnya kita ini yang mati nanti dijanjikan pelbagai ganjaran,yang dilayan oleh Allah tanpa kekurangan,lakukan?

Aku jadi malu dengan kuda perang.Dia tidak berakal,aku berakal.Apakah kerana dia tidak berakal maka dia taat tanpa bantah,atau kerana aku berakal,maka saya rasa saya bijak lalu membantah?Sepatutnya kita yang berakal ini lebih taat,lebih tawaduk,lebih berjaga-jaga,kerna kita berfikir dan dapat menilai.

Masya-Allah..surah al-‘Adiyat ini kalau dihayati,tidak sampai seminit,tetapi maknanya sangat sesuai untuk sepanjang kehidupan kita.

Tanggungjawab hamba ialah taat kepada Allah semata-mata.

“tiada ilah melainkan Allah”

Sebab itulah dalam al-quran,kita akan jumpa berulang kali dengan ayat ini...

“taatlah kamu kepada Allah...”

Alangkah baiknya kalau kita ambil masa sebentar,duduk dan berfikir...