Sunday, September 19, 2010

Bercakap-cakap ketika azan....


Dari masa ini,penulis telah berazam untuk membuat satu himpunan tentang segala persoalan fiqah yang pada rasa penulis ianya adalah penting untuk rujukan semasa.

Tetapi kita perlu ingat,isu fiqah perlulah sentiasa dirujuk dan dibincangkan dengan orang yang benar2 fakih dalam isu ini agar tidak berlaku penyelewengan dalam penerimaan sesuatu ilmu.

Merujuk pada solusi 23,ditanya oleh seorang pembaca megenai apakah hukumnya semasa azan dilaungkan kita masih lagi bercakap-cakap dan tidak menghormatinya?

Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani memang sudah mafhumnya sudah terkenal dalam slot soal jawab fiqah dalam solusi telah merungkai persoalan ini...

Kata beliau,tiada larangan khas bercakap-cakap ketika azan dilaungkan,begitu juga tiada tegahan bagi mereka yang bercakap dan menjawab seruan azan.

Dalilnya adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh imam Malik dalam kitab al-Muwatta’(no 236) bahawa Tha’labah Ibn Abi Malik al-Qurazhi menyatakan bahawa dulu pada zaman Umar al Khatab r.a. mereka mengerjakan solat pada hari jumaat sehingga umar keluar dari rumahnya dan masuk ke masjid.Apabila Umar masuk dan duduk di atas mimbar,muazin pun menyeru seruan azan.

Kata Tha’labah,”kami duduk sambil berbincang-bincang ketika muazin telah selesai azan dan umar berdiri untuk berkhutbah,kami pun diam mendengar.Tiada seorang pun daripada kami yang bercakap.”Sekiranya menjawab azan itu wajib,nescaya mereka akan mengikut ucapan muazin dan tidak bercakap-cakap semasa azan.

Dalam hal ini,jumhur ulama berpendapat bahawa hukum menjawab seruan azan adalah sunat berdalilkan hadis Anas bin Malik r.a,katanya:”Rasulullah s.a.w ,mendengar seseorang melaungkan azan,katanya: “Allahuakbar,Allahuakbar.”baginda menjawab yang maksudnya:”Dia di atas fitrah.”

Kemudian muazin itu berkata,”Asyhadu an la ilaha illallah,Asyhadu an la ilaha illallah.”Rasulullah menjawab,bermaksud:”Engkau keluar dari mereka.”(riwayat muslim no 845)

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w mengucapkan ucapan yang berbeza daripada apa yang disebut muazin.Ini bererti mengikut laungan muazin tidak diwajibkan.
Namun kebih baik kita senyap sambil mendengar dan menjawab azan.Imam al-Syafi’i, Ishaq bin rauyah,Imam Malik b Anas dan lain-lainnya mengatakan makruh bercakap ketika azan dilaungkan.Tetapi jika keadaan memaksa maka tidak mengapa bercakap sekadar perlu.Hendaknya tidak memanjangkan percakapan tersebut sehingga terluput daripada memperoleh keutamaan yang besar iaitu syafaat Baginda saw.
Sepatutnya hak pendengar azan adalah mengikut setiap lafaz muazin.

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a megatakan bahawa dia mendengar nabi saw bersabda yang bermaksud “Apabila kamu mendengar azan maka ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan muazin,kemudian berselawatlah ke atasku.Sesungguhya sesiapa yang berselawat ke atasku nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.Kemudian ia meminta Allah al-wasilah atasku kerana al-wasilah itu merupakan kedudukan yang tinggi di syurga.Ia tidak boleh dimiliki kecuali untuk seorang dalam kalangan hamba2 Allah dan aku berharap akulah orangnya.Sesiapa yang memohon al-wasilah untukku maka ia pasti beroleh syafaat.(riwayat muslim n0 847)

Begitulah ganjaran kepada mereka yang menjawab seruan azan serta berdoa selepasnya.

Rujukan:
Solusi isu 23,slot soal jawab fiqah di m/s 39 oleh ustaz Syed Mohd Fadzil al-Yamani.

p/s:Kadang-kadang penulis terlepas pandang dalam isu mendengar azan ini.Dalam tidak sedar,mungkin dalam enak kita berbicara tentang agama,merujuk minta redha Allah swt tetapi alangkah takutnya andai kata usaha kita itu sebenarnya menjemput kemurkaan dari Allah swt dengan melalaikan diri dari ‘alert’ dengan perkara2 sebegini...waahuallam...

No comments:

Post a Comment