Tuesday, January 15, 2013

jangan cepat melatah dan menyanggah


Salam pembaca sekalian...

kali ini saya cuba ingin bingkiskan satu isu yang sudah lama bermain di sekitar media massa negara kita.ya,apa lagi kalau bukan isu kalimah Allah..

isu ini sering dipolemik dengan agenda politik sesuatu partisan.Namun begitu hakikatnya kekalutan yang berlaku ini perlu diberi pencerahan dan mereka yang cuba untuk menjawab isu-isu ini kita perlu beri kredit kerna mreka cuba mnyelesaikan masalah umat yang semakin meruncing kini..

dari ustaz fathul bahri, dato Hasan Ali,Mufti perak dan tok guru hadi awang semuanya memainkan peranan masing-masing dalam mengupas isu ini.ada yang setuju dan ada yang tidak setuju namun begitu kita sebagai mahasiswa,apakah pendapat yang terbaik yang perlu kita ambil dalam isu ini?

Terbaru Mat Sabu baru sahaja mmbenarkan presiden DAP Lim Guan Eng untuk menggunakan kalimah Allah dalam ucapannya baru-baru ini.Namun,tindakan terbaru mat sabu ini agak bercanggah dengan keputusan dewan ulama pas dalam mengolah keputusan ini bahawa tidak dbenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan islam.

baik..kita pergi pada pendapat ulama' yang sangat saya cintai..Dato Nik Aziz Nik Mat..

beliau menjelaskan keputusan Majlis Syura berhubung kontroversi kalimah Allah, dengan menegaskan bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu jika meyakini bahawa Allah adalah Tuhan yang satu.


Dalam perkataan yang lain, orang Kristian yang mempercayai konsep Triniti, tidak dibenarkan menggunakan 'Allah', katanya dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini.
Menteri besar Kelantan itu - yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura - dilaporkan berkata pihak yang mempercayai Tuhan lebih daripada satu, adalah salah untuk menggunakan perkataan Allah.

"Bagi orang yang nak guna nama Allah, dia kena yakin Allah hanya satu. Kalau agama dia mengatakan Tuhan lebih daripada satu, dan hendak mengguna nama Allah, maka maknanya tidak betullah.

"Orang bukan Islam, kalau nak sebut nama Allah, boleh. Hendak dilarang macam mana? Tetapi kalau orang Kristian tiba-tiba nak guna nama Allah, erti penggunaannya salah sebab mereka (berpegang kepada doktrin) Trinity (Tuhan, anak dan roh kudus)," katanya dipetik.

Kelmarin dalam satu kenyataan, Majlis Syura memutuskan antara lain untuk mencegah penggunaan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan kepada perkataan 'God' atau 'Lord' dari kitab agama bukan Islam.

"...Menterjemah kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan 'Allah' tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salahguna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kenyataan itu dipetik.

begitula ulasan ulama tersohor negara kita Malaysia..

pada pendapat saya butiran dan penjelasan Dato Nik Aziz Nik Mat adalah sangat mudah difahami dan sangat betul dan pendapat beliau adalah sejajar dengan pendapat Dr MAZA yang mnegatakan pengharaman secara total adalah sukar jika diukur dengan konteks kita di malaysia ini(penjelasan beliau boleh dirujuk dalam malaysia kini)

video


manakala komentar ustaz Azhar Idrus(berdasarkan video diatas) mengenai isu ini dari kuliah beliau dahulunya,beliau menegaskan bahawa tiada masalah untuk orang kafir menyebut nama Allah selagi mana niat mereka bukan untuk menghina dan memerli agama islam kita yang tercinta ini.

jika kita kenyang dan kita sebut alhamdulillah dan kawan kita yang non muslim pun sebut alhamdulillah,makanya tiada masalah dan sebaliknya kita mendoakan dia akan mendapat hidayah one day

tapi jika dia intend mengucap untuk menghina maka itu tidak dibenarkan..

penjelasan UAI agak simple tapi sesuai dengan audience beliau yang rata-rata masayrakat awam yang ingin pada ISlam..

makanya,telah saya lampirkan tiga ulasan tokoh islam di malaysia terkemuka dalam menjawab isu ini dan pandangan saya adalah bersama mereka-mereka yang berilmu ini..

jalan sudah diberi dan marilah bijak memilih..

jangan cepat melatah dan menyanggah tapi cuba la bertenang dan megkaji isu dengan hikmah lagi tabah..

moga Allah redho dengan usaha sekelumit dari saya UMAR ASHRAF..

p/s:maaf terdapat sedikit masalah teknikal dari sudut ulasan DR MAZA..