Monday, September 26, 2011

ranjau perjuangan..




salam..

akhirnya sahabat karib penulis berlepas ke mesir.Dengan berbekal hajat yg bsar di dada untuk meraih ilmu sekencang imam syafie,maka berangkatlah sahabat penulis ini ke bumi anbiya' ini.

pelbagai ranjau terpaksa ditempuhi pemuda ini dan satu persatu ceritanya dia ceritakan pada penulis.

masih teringat dimana saat dia khilangan bapanya,ktenangan yg luar biasa tlah dipaparkan dan sehingga kini ktenangan mnjadi hujah penulis dalam myampaikan risalah penceritaan pada mad'u2.

bila dia dibuang sahabat,dunia ibarat gelap gelita dan dia tros mnogkah arus dgn ktenangan yg hebat.begitulah bila mana kyakinan terhadap Allah swt melangkau sgala-galanya...

dan bila mana kau diapit kesusahan dalam mncari bdang pgajian kegemaran,duji kesana kemari..akhirnya mersir mnjadi dstinasi mu.masyaAllah..terkejut bangga penulis dibuatnya...

ape pun,slamat berjuang sahabatku.. salam ikhlas dariku sahabat..

Wednesday, August 17, 2011

sudah penat berdoa!!



siapa yang tidak pernah rasa sedih? Siapa yang tidak pernah kecewa? Rasulullah S.A.W sendiri pernah rasa kecewa dan pernah berada dalam keadaan yang sangat sedih. Setiap orang pernah diuji dengan pelbagai dugaan berbentuk perasaan. Sedih, resah, adakalanya gembira dan ketawa dan pastinya tidak mampu terlepas dari perasaan kecewa juga.
Kecewa?

Satu perasaan di mana hadirnya mungkin kerana sesuatu yang diinginkan tidak dapat dimiliki seperti yang dibayangkan. Mungkin juga kecewa kerana kehendak hati tidak dapat dipenuhi.
Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?

"Aku sudah penat berdoa, tetapi Allah tidak pernah memakbulkan doa dan permintaanku. Aku sudah penat!"
Putus asa?

Ya, jelas sekali rasa putus asa yang terzahir dari situasi di atas. Kadang-kadang sepertinya kita menyalahkan takdir pula. Sedangkan Allah mengatur segalanya sesuai dengan keperluan dan kebaikan hamba-Nya. Kerana hanya Pencipta tahu apa yang diperlukan dan terbaik untuk ciptaan-Nya. Kadang-kadang apa yang kita mahukan tidak semestinya baik untuk kita, dan banyak pula perkara yang tidak kita senangi itu sebenarnya adalah baik untuk kita.


Sebagaimana penegasan Allah dalam kitab-Nya yang mulia al-Quran:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui."(Surah al-Baqarah:ayat 216)

Persoalannya, wajarkah kita untuk kecewa? Kecewa itu fitrah perasaan. Tetapi bagaimana pula kiranya kalau kekecewaan itu menyebabkan kita berani menuding jari menyalahkan takdir ketentuan Allah?

Mungkin ramai di antara kita frust bila setiap yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Lalu, kita kecewa dan sedih. Kita berdoa tetapi tidak kesemuanya ditunaikan. Kecewakah? Nanti dulu, sahabat. Tanyalah pada diri. Bukankah setiap yang kita miliki saat ini tidak semuanya kita minta daripada Allah.

Tapi Allah dengan murah hati memberi sebelum kita minta. Allah tetap mengurniakan tanpa kita mengajukan kemahuan tersebut kepada-Nya.

Pernahkah kita minta pada Allah untuk dikurniakan oksigen agar kita dapat kita bernafas? Adakah kita setiap hari meminta izin daripada Allah untuk menggunakan kaki, tangan dan lain-lain anggota? Adakah kita pernah minta supaya Allah meminjamkan mata untuk melihat dan mulut untuk bercakap pada setiap hari? Besar kemungkinan jawapannya tidak, bukan?

Jadi mengapalah berkira andai baru sekali kita dibiarkan merasa kecewa. Bukankah ujian itu tanda sayangnya Allah pada hamba-Nya? Sebelum kecewa, nanti dulu. Berhentilah dan cubalah untuk berfikir kembali. Kenanglah segala nikmat yang Allah berikan sehingga tidak mampu kita kira apatah lagi untuk menyukatnya. Jangan hanya kerana kecewa, anda sudah terfikir untuk melakukan perkara yang bukan-bukan atau membunuh diri!

Jadi, tapislah kekecewaan kita supaya jangan kita melampaui batas dalam melayan rasa itu. Kekecewaan yang bermanfaat ialah kekecewaan yang membawa diri dan hati kita lebih dekat dan menyayangi Allah. Kekecewaan yang membahagiakan ialah di saat kebahagiaan itu berjaya mengukuhkan keyakinan hati kita dalam mengimani qada' dan qadar Allah.

Janganlah bersedih dan kecewa kerana di sebaliknya tersimpan kebahagiaan yang Allah hadiahkan sebagai hikmah-Nya.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling Tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran: ayat 139)

Wallahu'alam.

Wednesday, July 20, 2011

kecik dulu pun aku macam ini..



penulis berada di bahagian kanan skali..

mengimbau kembali senario kanak2,sudah pasti kita semua pernah menjadi kecil bukan.mari kita ingat kembali,dulu pstinya juga kita seorang yang nakal,banyak merengek dan pendek kata kita memang banyak menyusahkan ibu bapa or pengasuh kita.

zaman terus berubah dan berubah,akhirnya kita membesar mnjadi 'manusia',yang mula bijak mmbezakan yang mana halal,yang mana haram,yang mana khoto' dan yang mana sahih..apa pun,kita sedang membesar sambil belajar menjadi manusia..

bila kita kaitkan pembelajaran yang xpernah punah dan tidak akan habis,kita akn sedar dan kita akan bersemuka dengan diri 'kita' yang dahulunya yang banyak kerenahnya..

ya..iaitu melayan teletah kanak2 kecil...

gambar diatas adalah gambar 2 tahun yg lepas,penulis dgn beberapa sahabat telah diberikan amanah untuk megendalikan program ramadhan bersama anak2 kecil ini..

sesi pagi bermula,wajah suma fasi kelihatan berseri2,maklumla teruja dengan tugasan yang diberi...

waktu menjengah tenghari,penulis yang pertama keluar dari surau,saja mengambil angin..sambil itu juga ada sedikit perasaan mengeluh mnagalir dalam diri,mana tidaknya..keaktifan kanak2 disini sangat mencabar iman..kehulu kehilir dan akhirnya dengan meggunakan sedikit skill yang pernah penulis belajar dari ibu penulis,akhirnya mereka ini barulah sedikit mendengar kata2 penulis..

pelbagai ragam terus menerus berlaku sehinggalah ke sesi malamnya,iaitu penutup pada majlis program itu...

ada yang bergaduh,ada yang berlari,ada yang nak ke tandas tetapi alhamdulillah ramai juga yg berdisiplin,itupun setelah diberi sedikit teguran yang halus cuba penulis sampaikan...

letih,itu yang mampu terukir di bibir wajah..

namun,seribu pengajaran dan pengalaman yang penulis dapat dari program ini..

sebenarnya ini adalah satu latihan pada kita yang bakal mnjadi ibu dan bapa kelak..

apa pun kesabaran sgt dituntut dalam kita mndidik anak2 ini..

disamping teknik yang betul perlu daplikasikan dalam kita mndekatkan diri kita pada mereka..

sesungguhnya Allah bersama orang yg bersabar...

tapi bila ternampak mereka,ternampak diri sendri dalam mereka..

ya..

penulis kecik dulu pun macam ini juga...

Tuesday, June 21, 2011

akal yg baik datang dari jasad yang baik..



penulis berada di kiri skali...

foto diatas mncritakan btapa dalamnya minat penulis pada sukan bola sepak..
yup,penulis sangat cinta pada bola sepak...
ketika ini penulis bersama adik2 atau pelajar2 baru beriadah bersama2 dalam salah satu aturcara program di UiTM te,poh hari...

perlawanan adalah antara student vs pasukan TNC(timbalan naib chansellor)...

haha...

penulis sengaja mengambil kesempatan bermain bersama..

jika diikutkan mmg 'pancit',tetapi mgnangkan kesihatan yang perlu dijaga dan minat yang tiada terkata,semua itu sudah tidak mnjadi masalah...

bak pepatah arab..

"akal yg baik datang dari jasmani yang baik"...

waalaupun bukanlah penulis pemain bola sepak sbnar,tetapi bila mana jasad ini menyarung jersi...

masyaALLAH..

terasa begitu brsemangat skali rasanya..

haha...

opfully ley istiqomah men ftsal tiap2 ptang...

Sunday, June 5, 2011

evolusi


Pada suatu petang,telefon bimbit penulis dikejutkan dengan satu SMS dari sahabat lama yang sekian lama terpisah(baru 2 minggu jika diikutkan).

Kandungan SMS itu berbunyi,“salam afiq,4hb ney naqib kita nak bina masjid.walimahnya d Kelantan.enta free?kalo ye jom la kita pi skali.”

Penulis sedikit tersentak,siapa lagi kalau bukan a.fizul yang dirindui.baru setahun penulis meninggalkan Perlis,pelbagai cerita yang telah didengari,baik dari baiknya,yang tidak baiknya,yang kontroversinya dan paling terindah adalah berita yang terbaru ini.Alhamdulillah,satu arus akhirnya mengalir walaupun ianya sekilas laluan sahaja.

Persoalannya..

Belum sempat penulis memikirkan solusi,datang lagi sebuah SMS dan yang ironinya SMS itu berbaur tentang isu yang sama seperti SMS yang sebelum ini.Cuma yang lainnya majlis itu berlangsung pada 5hb di bangi dan yang mendirikan masjid itu juga merupakan sahabat yang agak rapat dengan penulis.Mana tidaknya kami berkenalan dari Perlis lagi.cumanya dia tua setahun dari penulis.

Hmm..

Terus –terang penulis dalam dilemma untuk memilih majlis mana yang perlu penulis hadiri.kelantan or bangi??

Hari demi hari berlalu..

Sampaila pada hari yang ditunggu-tunggu,sememangnya inilah pengalaman pertama menghadiri majlis perkahwinan yang rapat dengan penulis selain keluarga.
Pastinya ianya satu pengalaman yang sangat menarik..

Jadi,penulis memutuskan untuk pergi ke bangi.bukan tidak mahu ke Kelantan,tetapi komitmen di kampus agak membantutkan hajat murni penulis untuk ke sana.ya,pasti ada sebab mengapa ianya begitu…
******

Sebelum ke bangi,penulis singgah dahulu ke KL central,menjemput sahabat2 yang lain untuk bersama-sama pergi ke sana.

Setibanya disana,dalam lingkungan 12tgh begitu..majlis telah bermula dengan asakan ramainya kunjungan keluarga dan rakan taulan yang hadir dalam mengimarahkan walimah ini.pastinya bagi penulis,terasa diri ini seperti sudah terlalu ‘besar’,lagaknya seperti yang orang yang da berumah tangga dan sudah seprtinya orang berkerja.realitinya masih jauh jika diikutkan.

Majlis terus meriah dengan khemah yang bertemakan warna yang tidak asing bagi kami.penulis dan sahabat-sahabat yang lain berkumpul dan menjamah selera bersama sambil bertukar-tukar cerita tentang isu semasa dalam dan luar tetapi lebih mencuri tumpuan adalah mengenai Muktamar yang sedang hangat berlangsung ketika itu…

Menariknya perkahwinan ini,ianya berlangsung serentak antara adik dan abang dimana ianya dijalankan terus bersama2.Paling menarik dan mencuri tumpuan adalah mengenai perkahwinan sahabat penulis itu..

Apa yang menarik,sahabat penulis itu telah mempraktikkan nikah gantung,sememangnya dia masih lagi belajar dan tidak bekerja.tetapi atas niat dan dorongan keluarga,walimah ini Berjaya dengan saksamanya.walau apa pun,yang penting pasangan adalah berfikrah walaupun berlainan IPT.

Penulis sempat bersalam,bertanya dan bergambar dengan sahabat itu,mukanya berseri-seri.maklumla,dalam kalangan kami yang selalu berbicara tentang BM ini,sahabat penulis inilah..

Akhirnya,kami pulang setelah selesai walimah itu..pulang untuk menyambung perjuangan yang berbeda2 ini…
****
Dunia terus berubah dan berubah,bak kata orang utara..

“umah da kata pi,kubuq da kata mai…”

Ya,masa itu akan sampai,tetapi sejauh manakah persediaan kita,yang pasti amalan kita bukan pengukur untuk ke syurga,tetapi amalan kita itulah yang menjadi pengukur pada penentu pada rahmat Allah SWT untuk kita ke syurga..

-sekian-

Monday, May 9, 2011

aku..


di malam yang kelam..penulis berbaring sendirian,cuba ingin merenung dengan sebuah kata2 ini...

ya..

aku terawangan2 selama ini..

hanyut dengan kesibukan wasilahku,

hanyut dengan study ku..

leka dengan ibadahku..

leka dengan segalanya..

sehingga aku lupa siapa aku sebenarnya..

amalku leka tanpa mengingatiMU..

aku lupa aku ini hamba..

selalu leka megejar khalifah

sedangkan hamba kau abaikan...

dan pastinya...

semua orang menyangka aku baik tapi hakikatnya aku seorang yang hina di sisi Allah...

.....

Thursday, April 28, 2011

Bumi itu geoid…


Bila mana kita mengatakan bumi itu bulat,bumi itu bujur,bumi itu sfera…sebenarnya bumi itu adalah tidak sebegitu,definisi sebenar bentuk bumi adalah berbentuk geoid.bila kita berbicara tentang bumi,dan bumi dikatakan bentuknya bukan berbentuk geoid..makanya sudah menjadi tggjwb pada penulis untuk memperbetulkan konsep yang sememangnya berkisar pada bidang pengajian penulis…

Ya.. berusroh tntang geoid itu bumi..

Pelik bukan??tiada yang pelik bila mana kita hendak berimpian menjadi PROSTAT.

Apa itu PROSTAT??

Profesional ustaz kata abang agus bila mana ditanya oleh penulis tempoh hari…
Bilamana seorang student bukan pengajian agama berbicara tentang agama,makanya PROSTAT memulakan prosesnya….

Tidak perlu menjadi ustaz untuk berbicara seperti ustaz,kata seorang sahabat pada penulis..

Ya,itu kata yang sangat benar…

Hatta bila mana exam diuji pada kita,mengapa kuliah senja kita menjadi tergendala…

Tergendala sebab exam lusa la bro..

Tapi sebenarnya makin dekat exam,semakin penulis memerlukan kuliah maghrib…

Sememangnya bumi s.alam ini kaya dengan majlis ilmu tapi andai kata kekayaan ini dbiarkan miskin pada pandangan kita,makanya hikmah ini menjadi kerugian yang teramat sangat…

Apapun..alhamdulillah,penulis sempat menghadiri kuliah ustaz harundin selepas exam td..

Moga saja kemanisan iman yg diburu ini berlarutan..insyaAllah..

Monday, April 18, 2011

Racun semasa..



Assalammualaikum…

Haa..rasanya sudah lama tidak ke udara di siaran blog ini,sudah habuk plus berkarat nampaknya pegisian di blog.bukannya penulis malas atau pun culas tetapi kadang2 waktu 24 jam yg dikurniakan Allah pada penulis terasa masanya telah digarap dengan padat semampatnya.Jadinya ia menyukarkan penulis meluangkan masa bersama blog yang sangat dikasihi ini.

Berbulan lamanya penulis menyepi,sudah pasti banyak cerita dan pengalaman yang ingin dikongsikan bersama tetapi xperlu la kowt untuk membicarakan semuanya,yang pasti pengalaman yang membawa pengajaran sahaja yang akan dikongsikan diruangan blog ini.InsyaAllah….

Sedikit isu semasa…

Andai kita tahu betapa suasana politik semasa yang mengharukan,andai kita faham apa erti kesedaran dan keaiban,makanya sudah pasti kita akan bersuara lantang dalam menjuarai isu2 sejagat ini.
tidak perlulah penulis untuk berselindung apakah ke halnya yang cuba penulis inginkan sampaikan…

Serba kita maklum,Anwar yang terkenal dengan kes liwatnya kini difitnah dalam perbuatan melakuan upacara seks di video.siapkan videonya disiarkan di parlimen.

MasyaAllah….
aib sungguh Anwar dilakukan,sungguh kering idea rasanya kerajaan ini dalam mencari kemenangan meraih undi rakyat…

Sudahkah mereka tidak sedar betapa berDOSAnya mereka yang menceritakan aib seseorang pada khalayak ramai,sudah tidak terfikirkah mereka hukum hakam dalam mensabitkan kesalah dan fitnah pada manusia…

geram penulis dibuatnya…

Andai Islam djadikan paksi dan teras dalam pimpinan organisasi,pastinya hal sedemikian tidak akan berlaku.Biarlah siapa pun individu itu,berikan diri itu rasa simpati dan kasihan pada indvdu yg dserang fitnah.tidak berasa malukah yang memfitnah itu dalam memberi fitnah pada orang lain…

Sedih bila dikenangkan…

Moga sahaja Allah mempermudahkan urusan Anwar…

Dan pada masa yang sama,pilihan raya di Sarawak turut mencuri tumpuan dan alhasilnya kita sudah sedia maklum bukan dimana kelab dacing telah memenangi 2/3 kerusi di Sarawak dan pada mereka yang memprjuangkan islam khususnya,tiada kerusi langsung didapati…

Sudah megalahkah kita???

Terus sahaja penulis teringat bagaimana susahnya dulu kita umat isalm untuk menakluk Negara besar dulunya seperti Parsi,Istanbul,andalus dan sebagainya..agaknya berapa lama usaha penaklukan itu??

selama tahun merdeka kita kah??

Sudah pasti tidak bukan,

sebaliknya usaha itu memakan masa beratus2 tahun lamanya dan kelamaan itu disusuli dengan usaha yang tiada henti…

Makanya,perjalanan masih jauh dan Allah sudah selitkan hikmah pada hambaNya untuk merenung sejenak akan kekalahan itu…

Cukup la dulu kowt bebelan penulis pada coretan kali ini.InsyaAllah seterusnya penulis akan berkongsikan tentang pengalaman hebat penulis ketika berada di bukit Broga…

-wassalam-

Wednesday, February 16, 2011

ana uhibbu ya rasulullah SAW



khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

p/s:salam maulidur rasui dari penulis.sesungguhnya Baginda mencinta umatnya melebihi dari yang kita tahu.Tiada hairanlah begitu ramai sahabat2 yg sanggup bergolok bergadai mempertahankan Baginda SAw.sungguh tidak hairan bagi penulis...

da sampai masa kita bulatkan azam untuk lebih mencintai baginda Saw dengan menerapkan diri dengan kefahaman sirah.Andai kata sirah ada dalam minda kita,wahh!!betapa satu kemudahan yg besar untuk kita berdakwah pada adik2 dan kawan2 kita dsana...insya Allah...

muhasabah cintaku



ya muqallib....

Betapa lemah diriku ini,
dalam menghadapi berat ujian dariMu,
sungguhnya kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah dan banyak nikmatMU itu,
jarang dan tidak pantas aku bersyukur,
Kini ,
cintaMu ku harapkan...


Kata-kata cinta terus terucap indah,
Mengalir berzikir di kidung doaku,

Butir-butir cinta air mataku,
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salahku selama ini
Ya ilahi....

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa dalam menagih rahmatMu...

muhasabah cintaku...

Sunday, February 13, 2011

berubah...


(gambar hiasan)

berubahkah aku bila hanya ada sesuatu,
terus aku pulang pada sikap sebelum aku berubah,
hanya sekadar satu tempoh masa yang sebentar,
jarang aku bersungguh pada sesuatu perubahan yang aku pendamkan,

tuhan.....

aku hanya manusia,
mudah berubah dalam sekejap,

tuhan....

aku ingin berubah,
aku akan bertahan dalam perubahanku,

semoga kita istiqomah dalam perubahan,
dan dithabitkan pegangan kita terhadap jalanNya...

p/s:inilah azam penulis bila melangkah ke bumi arau,dan alhamdulillah kemanisan perubahan itu semakin meresap dalam kehidupan penulis hinggalah ke hari ini...

Friday, February 11, 2011

revolusi timur tengah...


Selepas kejayaan kebangkitan rakyat di Tunisia menghalau presiden Zine El Abidine Ben Ali yang telah berkuasa selama 23 tahun, mata dunia kini bertumpu ke Mesir.

Ini berikutan dengan gelombang kebangkitan rakyat di Mesir mendesak Hosni Mubarak yang memerintah negara “firaun” itu semenjak tahun 1981 berundur daripada tampuk kekuasaan. Hosni Mubarak menaiki takhta sebagai presiden Mesir selepas pendahulunya Anwar El Sadat dibunuh.

protest against hosni mubarak us embassy kuala lumpur protesters fist 1Kemenangan rakyat Tunisia memberikan semangat kepada rakyat Mesir untuk melakukan perkara yang sama. Terdapat analisa yang mengatakan bahawa jika tumbangnya regim Hosni Mubarak, negara-negara Timur Tengah yang lain akan berhadapan dengan perkara yang sama.

Umum mengetahui bahawa di Timur Tengah, kebanyakkan negara-negara Arab di perintah oleh diktator dan raja yang telah lama berkuasa.

Sudah pasti Israel adalah antara negara yang paling bimbang dengan perkembangan yang berlaku di Mesir kerana regim Hosni Mubarak merupakan sekutu terkuat Israel di Timur Tengah.

Regim Mubarak telah menutup internet daripada digunakan di negara tersebut. Akan tetapi maklumat tentang perkembangan terkini di Mesir tetap dapat di kongsi di seluruh dunia. Solidariti masyarakat antarabangsa merealisasikan perkara ini.

NONELaman-laman sosial seperti Youtube, Facebook dan Twitter dibanjiri dengan perkembangan terkini yang berlaku di Kaherah. Tidak kurang juga dengan mesej-mesej solidariti dari rakyat seluruh dunia yang menyokong perjuangan rakyat Mesir untuk menumbangkan diktator Hosni Mubarak.

Selain daripada menutup penggunaan internet di Mesir, regim Mubarak turut menahan wartawan antarabangsa. Berberapa orang wartawan Al-Jazeera antara yang ditahan. Kamera video mereka turut di rampas.

Rakyat Malaysia tidak ketinggalan untuk bersama gelombang dunia di laman Facebook dan Twitter untuk menyokong gelombang kebangkitan di Mesir. Tidak kurang juga ahli keluarga di Malaysia yang bimbang dengan keselamatan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

Diberitakan terdapat lebih kurang 11, 300 orang pelajar serta rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Timbalan Menteri Luar A Kohilan Pillay akan berlepas ke Mesir bersama dengan sepasukan lima orang yang akan menilai situasi dan keperluan untuk memindahkan rakyat Malaysia dari negara tersebut.

Dari penilaian tersebut, mereka akan memutuskan sama ada rakyat Malaysia akan dipindahkan ke negara yang berdekatan seperti Arab Saudi dan Libya ataupun dibawa pulang terus ke Malaysia.

Mampukah revolusi tumbangkan Mubarak?

Mesir mempunyai sejarah pernah berlakunya revolusi. Pada tahun 1952, revolusi yang dipimpin oleh tentera telah berjaya menamatkan riwayat sistem monarki di negara tersebut.

Jadi tidak mustahil revolusi kali ini akan berjaya menamatkan riwayat pemerintahan Hosni Mubarak. Sehingga saat artikel ini di tulis, Hosni Mubarak masih lagi berdegil tidak mahu turun dari takhta.

Perangai Hosni Mubarak pada ketika ini tidak ubah seperti perangai Shah Reza Pahlavi, Ferdinand Marcos dan Soeharto di saat-saat akhir kekuasaan. Degil dan tidak mahu melayan tuntutan rakyat jelata.

NONEShah Reza Pahlavi, Ferdinand Marcos dan Soeharto kesemuanya menggunakan tentera untuk mempertahankan regim. Akan tetapi gelombang kebangkitan rakyat akhirnya menyebabkan golongan tentera berpecah dua kepada yang menyokong regim dan menyokong rakyat.

Asakan yang kuat dari rakyat dan perpecahan golongan tenteralah yang menyebabkan berlakunya revolusi rakyat. Sama seperti di Mesir, akan tiba masanya nanti apabila golongan tentera berpecah dan sebahagiannya bersama rakyat untuk melawan regim.

Kebangkitan rakyat di Mesir telah menyaksikan darah bersimbah ke bumi. Setakat ini lebih dari 125 nyawa demonstran telah melayang. Kematian para demonstran tidak melemahkan semangat demonstran untuk terus berjuang.

Malahan kematian para perajurit revolusi telah menaikkan semangat rakyat Mesir untuk berjuang bagi memastikan "firaun” zaman moden, Hosni Mubarak dapat ditumbangkan.

Berapa lama lagikah Hosni Mubarak mampu bertahan? Apakah yang dibisikkan oleh penasihat-penasihat yang paling beliau percayai? Tidak adakah penasihat yang berani mengatakan “sekarang telah tiba masanya bagi anda berundur”?

Domino di Timur Tengah?

Pada ketika rakyat Mesir terus menerus berjuang melawan pemerintah Hosni Mubarak, pemerintah dan Raja di negara-negara Timur Tengah yang lain berada di dalam kebimbangan.

Mungkin ada yang mula menghantar harta dan wang simpanan mereka ke luar negara. Mereka pasti sedar bahawa tiada kerajaan atau pemerintahan yang mampu kekal selamanya.

Apakah “Teori Domino” bakal berlaku di Timur Tengah? Yang paling menarik adalah sikap Amerika Syarikat yang berubah seperti lalang ditiup angin. Seluruh dunia mengetahui bahawa Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah merupakan sekutu rapat Hosni Mubarak.

barack obama visits egyptHari ini apabila kebangkitan rakyat Mesir tidak dapat dihentikan, kenyataan daripada Amerika Syarikat berhubung dengan Mesir berubah. Sekarang Amerika Syarikat telah mula bercakap soal pemerintahan transisi di Mesir yang lebih demokratik.

Jika Amerika Syarikat benar-benar mahukan demokrasi di Timur Tengah, mengapa selama ini mereka hanya membisu? Mengapa pula mereka tidak pernah berkata apa-apa mengenai kerajaan Saud di Arab Saudi? Apakah ada demokrasi dan hak asasi manusia di Arab Saudi?

Jika benar-benar teori domino bakal berlaku di Timur Tengah selepas regim Hosni Mubarak jatuh, sinar dan harapan baru akan muncul di Timur Tengah. Pada ketika itu, dunia bakal menyaksikan Timur Tengah yang baru bakal muncul.

Masih belum kedengaran dari kerajaan Malaysia berkenaan dengan kebangkitan rakyat di Mesir selain dari usaha untuk menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sana.

Kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir, sebelum anda dihantar pulang, saksikanlah sejarah besar yang berlaku di negara tersebut.

Sebagai mahasiswa menjadi tanggungjawab anda untuk peka kepada keadaan sekeliling. Pelajarilah bagaimana dan mengapa rakyat Mesir sanggup mengorbankan nyawa untuk revolusi!

hikmah untuk kita semua 2...




1. Lima macam yang dicintai dan lima perkara yang dilupakan:

Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud : "Akan datang satu masa umatku, ketika itu mereka mencintai lima macam dan melupakan lima perkara iaitu : Mereka mencintai kepada dunia dan lupa kepada akhirat. Mereka mencintai kepada kehidupan dan lupa kepada kematian. Mereka cinta kepada istana dan lupa kepada kuburan. Mereka cinta kepada harta dan lupa kepada perhitungan di akhirat. Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah."

2. Cantiknya iman dan amal soleh:

Pernah diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud:

"Ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih baik dari keduanya: Beriman kepada Allah. Memberi manfaat kepada muslimin. Dan ada dua macam yang tidak ada sesuatu yang lebih buruk dari keduanya : Mensyirikkan Allah. Menyakiti kaum muslimin."

Saturday, February 5, 2011

hikmah untuk kita semua 1....



1. Tiga perkara yang mesti dijauhi:

Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
" Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaanya maka telah hilang dua pertiga agamanya."

2. Empat perkara yang berharga dalam diri manusia:

Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud:

"Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."

Friday, February 4, 2011

seperti diatas...




smalam merupakan pernikahan senior penulis.masih ingat tatkala setiap pertemuan,pastinya dia akan memberi kata-kata peringatan tentang masa depan.Setelah ini,dia telah pun mencapai apa yang telah dia katakan iaitu...

menjadi suami kepada isteri..

jadinya penulis mendiamkan diri seketika untuk mengkoreksi diri ini dimasa hadapan,moge sahaja penulis menjadi indvdu luar biasa sperti diatas ini.amin.

Thursday, January 20, 2011

shift ur paradigm..


Ya..bersediakah kita untuk menjadi mahasiswa yang sejati.Mahasiswa yang bukan hanya mengejar kejayaan akademik semata-mata tetapi menjadi mahasiswa yang minda dan jiwanya diinfakkan pada suara-suara perubahan yanbg pastinya bakal memacu kearah masa depan yang lebih cerah.

Ingatkah kita pada sudut pidato,yang dahulunya menjadi medan bagi mahasiswa untuk menyampaikan idea dan hujah akan sesuatu perkara yang berkaitan dengan zaman itu.Hujah-hujah yang disampaikan dengan penuh wacana kewibawaan tetapi malangnya sudut pidato itu dilenyapkan dengan pengharaman sudut pidato oleh KPI pada tahun 1971 di bawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU)1971.

Sebelum kita melangkau jauh dalam perbincangan,suka untuk penulis berkongsikan mengenai erti kata sebenar sudut pidato itu sendiri.Menurut laman web Wikipedia,”sudut pidato adalah kawasan dimana pertuturan awam dibenarkan.Para pemidato dibenarkan untuk berucap asalkan mengikut undang-undang .Ianya tidak immune dari undang-undang dan tajuk adalah bebas dan tiada tajuk yang diharamkan.Polis hanya akan masuk campur apabila mereka menerima sebarang rungutan tentang penggunaan bahasa yang kasar.”

Begitulah serba sedikit mengenai definisi sudut pidato dan dari pengamatan penulis,sebenarnya melalui sudut pidato inilah akan membangkitkan kemahuan mahaisiswa untuk bersuara dan sudah pastinya mahu suara mereka didengari walaupun kadang-kadang hujah-hujah yang disampaikan adalah bertentangan dan berbeza-beza.
Pada masa yang sama,sudut pidato juga merupakan salah satu platform pada anak-anak muda untuk membentuk keperibadian dan kemahiran untuk bercakap.Kemahiran yang diasah ini sekaligus akan membina keyakinan diri yang jitu dalam jiwa pelajar yang terlibat.
Sudah semestinya pelbagai idea akan dilontarkan dan yang paling penting sebeza mana pun idea yang dilemparkan,tetapi pada pendengar pastinya akan mengambil kesempatan untuk menjadi wadah pada mereka untuk menambah ilmu tentang isu sejagat.Satu perkongsian ilmu yang sangat berharga pada pemikiran penulis.

Pada kesempatan yang sama,sudut pidato ini juga akan menjadi satu medan dakwah yang sesuai.Penyampaian akan peringatan-peringatan yang ringkas pasti akan member impak yang berkesan pada pendengar-pendengar dari sudut lahiriah mahupun rohani.
Kebiasaannya,sudut pidato dijalankan di kawasan tumpuan pelajar seperti kafe,dewan pelajar dan pelbagai lagi lokasi strategik dan semestinya lokasi-lokasi ini akan memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat yang pantas.

Sehubungan dengan itu,English Debate Society UiTM shah alam telah bertungkus selama setahun untuk menubuhkan speaking corner di UiTM.Pelancaran telah pun dijalankan pada minggu kedua januari 2011 dan akan dihadiri oleh semua staff,wakil-wakil kelab persatuan,MPP,pensyarah dan pegawai-pegawai atasan UiTM.


Di bawah ini merupakan konsep penganjuran yang telah penulis ketahui:
“Setiap bulan lain tema (bulan pertama : tema bebas, jika mendapat sambutan..akan terus diadakan setiap minggu di Dataran Cendekia, UiTM Shah Alam). Setiap minggu (kemungkinan setiap Selasa) setiap 2-3 pelajar akan memberi pandangan mereka selama 5-7 minit. Setiap bulan akan ada tema dan pemilihan topik akan bergantung pada perbincangan oleh Debate Club dan HEP. Bagi bulan pert...ama iaitu bulan pelancaran dan percubaan, tema ialah bebas.”

Konsep yang dibawakan ini adalah realistik dan menarik sekali.Pada peringkat awal ini,pada pengamatan penulis sambutannya pasti sedikit perlahan.Hal ini kerana untuk membandingkan suasana diantara sebelum tahun 1975 (pindaan AUKU) dan zaman sekarang adalah sesuatu yang tidak adil. Kayu ukurnya pula tiada dan zamannya sudah pasti berbeza. Oleh kerana mahasiswa zaman sekarang telah terlalu lama dikongkong oleh AUKU tersebut, maka, mahasiswa perlu mengambil sedikit masa, boleh jadi masa yang lebih lama, untuk mahasiswa merasai bahawa mereka sebenarnya mempunyai kebebasan dan sedia menerima kebebasan itu. Ramai yang percaya apabila mahasiswa diberi peluang untuk bercakap dan menyuarakan pendapat, ianya akan dapat melahirkan pelajar-pelajar universiti yang lebih matang, lebih bertanggungjawab dan mempunyai tahap keyakinan yang tinggi. Kesediaan pihak kementerian meminda AUKU pada 2009 menjadi petanda bahawa mereka sangat yakin serta menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap mahasiswa negara ini.Namun, adakah mahasiswa sendiri sudah bersedia melaksanakannya?
Sudut Pidato dan politik memang tidak dapat dipisahkan. Namun, dengan menganggap sudut pidato adalah ‘sudut politik’ mungkin ada betulnya, tetapi tidaklah terlalu tepat. Sudut pidato mungkin lebih sesuai difahami sebagai medan pengucapan awam yang mengamalkan kebebasan bersuara, kebebasan memberi pendapat, menerima pendapat dan juga menolak pendapat tersebut. Perbezaan pendapat adalah amat diraikan di sudut pidato, selagi konsep ‘hujah dibalas hujah’ di amalkan. Betapa besar sekali pun pentas yang akan dibina untuk sudut pidato, betapa ramai sekali pun jumlah mahasiswa di Universiti tersebut, jika kebebasan bersuara ini masih asing bagi mereka, apa guna ia dihidupkan kembali? Dengan hanya memandang perkara ini hanya milik sesetengah mahasiswa sahaja seperti ahli kelab pidato atau kelab seumpamanya yang lain.

Kebanyakan mahasiswa beranggapan bahawa isu masyarakat, isu ekonomi dan isu politik bukanlah isu mereka. Isu undang-undang hanya dibincang oleh pelajar jurusan undang-undang. Isu ekonomi hanya dibincang oleh pelajar jurusan berkaitan ekonomi, dan begitulah seterusnya. Jika mahasiswa sedar kemampuan dan kekuatan yang mereka ada, pasti mereka tidak akan melepaskan peluang yang diberi oleh kementerian kepada mereka. Jika dahulu mereka melaungkan agar hak mahasiswa dikembalikan. Dan mereka sebenarnya sedar bahawa sudut pidato adalah salah satu daripadanya. Tetapi, jika sudut ini pun mahasiswa tidak mampu untuk hidupkan dan gunakan sebaiknya. Bagaimana pula jika mahasiswa menerima semua hak yang mereka mahukan?

Ayuh mahasiswa,ubah paradigma kita!!

Thursday, January 6, 2011

more than meets the eye...

golongan yang bersyukur...




Pada zaman Sayyidina Umar al-Khattab, ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang bermaksudnya:

"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"

Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika Sayyidina Umar sedang melakukan tawaf di Kaabah. Sayyidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya:

"Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur".

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".

Jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri:

"Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu".

Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin.

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji ,

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)

Ingat nikmat yang dikurniakan, Ingat Pemberi Nikmat yang Maha Pemurah mengurniakan segala nikmat kepada kita.

Ayuh kita jadi golongan yang sedikit , iaitu golongan yang bersyukur.