Saturday, January 26, 2013

perpisahan itu pasti..



bersama helmi dan kawan lama azraful azman atau nama manjanya apoi..

ini mgkin gambar trakhir di kolej perindu..apa2 pun knangan susah senang bersama tidak akan dilupai sama sekali i.Allah..

gambar ini pasti menjadi mahal dalam 20 tahun akan datang..

mahal dengan memori kenangan yg bakal kita tunjukkan pada anak2 dan cucu2 kita kelak..

penerus pewaris



akhirnya dua mad'u aku telah berjaya menjadi ahli,setelah sekian lama mmikirkan pelapis pejuang yg akan mggantikan tempat ini dan finally Allah kurniakan dua orang adik ini,aslam dan hafiz..

moga istiqomah adik2 ku..jalan masih jauh dan ranjau pasti bakal kau tempuhi..

all de best and i.Allah all is well..

Wednesday, January 16, 2013

pa kata mat lutfi



removing shark fins is not good,
its like removing the microphone while one is talking,
^ ni shark fin....

RVP bayangan CR7


RVP terus dan menerus,
menjading scorer trsohor,
mnjadi byangan pada CR7,

walau apa pun..kputusan kmenangan 2-1 ini meletakkan manchester united dalam keadaan yang agak selesa di tangga teratas persada liga..


Tuesday, January 15, 2013

jangan cepat melatah dan menyanggah


Salam pembaca sekalian...

kali ini saya cuba ingin bingkiskan satu isu yang sudah lama bermain di sekitar media massa negara kita.ya,apa lagi kalau bukan isu kalimah Allah..

isu ini sering dipolemik dengan agenda politik sesuatu partisan.Namun begitu hakikatnya kekalutan yang berlaku ini perlu diberi pencerahan dan mereka yang cuba untuk menjawab isu-isu ini kita perlu beri kredit kerna mreka cuba mnyelesaikan masalah umat yang semakin meruncing kini..

dari ustaz fathul bahri, dato Hasan Ali,Mufti perak dan tok guru hadi awang semuanya memainkan peranan masing-masing dalam mengupas isu ini.ada yang setuju dan ada yang tidak setuju namun begitu kita sebagai mahasiswa,apakah pendapat yang terbaik yang perlu kita ambil dalam isu ini?

Terbaru Mat Sabu baru sahaja mmbenarkan presiden DAP Lim Guan Eng untuk menggunakan kalimah Allah dalam ucapannya baru-baru ini.Namun,tindakan terbaru mat sabu ini agak bercanggah dengan keputusan dewan ulama pas dalam mengolah keputusan ini bahawa tidak dbenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan islam.

baik..kita pergi pada pendapat ulama' yang sangat saya cintai..Dato Nik Aziz Nik Mat..

beliau menjelaskan keputusan Majlis Syura berhubung kontroversi kalimah Allah, dengan menegaskan bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu jika meyakini bahawa Allah adalah Tuhan yang satu.


Dalam perkataan yang lain, orang Kristian yang mempercayai konsep Triniti, tidak dibenarkan menggunakan 'Allah', katanya dalam laporan akhbar Sinar Harian hari ini.
Menteri besar Kelantan itu - yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura - dilaporkan berkata pihak yang mempercayai Tuhan lebih daripada satu, adalah salah untuk menggunakan perkataan Allah.

"Bagi orang yang nak guna nama Allah, dia kena yakin Allah hanya satu. Kalau agama dia mengatakan Tuhan lebih daripada satu, dan hendak mengguna nama Allah, maka maknanya tidak betullah.

"Orang bukan Islam, kalau nak sebut nama Allah, boleh. Hendak dilarang macam mana? Tetapi kalau orang Kristian tiba-tiba nak guna nama Allah, erti penggunaannya salah sebab mereka (berpegang kepada doktrin) Trinity (Tuhan, anak dan roh kudus)," katanya dipetik.

Kelmarin dalam satu kenyataan, Majlis Syura memutuskan antara lain untuk mencegah penggunaan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan kepada perkataan 'God' atau 'Lord' dari kitab agama bukan Islam.

"...Menterjemah kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan 'Allah' tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salahguna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kenyataan itu dipetik.

begitula ulasan ulama tersohor negara kita Malaysia..

pada pendapat saya butiran dan penjelasan Dato Nik Aziz Nik Mat adalah sangat mudah difahami dan sangat betul dan pendapat beliau adalah sejajar dengan pendapat Dr MAZA yang mnegatakan pengharaman secara total adalah sukar jika diukur dengan konteks kita di malaysia ini(penjelasan beliau boleh dirujuk dalam malaysia kini)



manakala komentar ustaz Azhar Idrus(berdasarkan video diatas) mengenai isu ini dari kuliah beliau dahulunya,beliau menegaskan bahawa tiada masalah untuk orang kafir menyebut nama Allah selagi mana niat mereka bukan untuk menghina dan memerli agama islam kita yang tercinta ini.

jika kita kenyang dan kita sebut alhamdulillah dan kawan kita yang non muslim pun sebut alhamdulillah,makanya tiada masalah dan sebaliknya kita mendoakan dia akan mendapat hidayah one day

tapi jika dia intend mengucap untuk menghina maka itu tidak dibenarkan..

penjelasan UAI agak simple tapi sesuai dengan audience beliau yang rata-rata masayrakat awam yang ingin pada ISlam..

makanya,telah saya lampirkan tiga ulasan tokoh islam di malaysia terkemuka dalam menjawab isu ini dan pandangan saya adalah bersama mereka-mereka yang berilmu ini..

jalan sudah diberi dan marilah bijak memilih..

jangan cepat melatah dan menyanggah tapi cuba la bertenang dan megkaji isu dengan hikmah lagi tabah..

moga Allah redho dengan usaha sekelumit dari saya UMAR ASHRAF..

p/s:maaf terdapat sedikit masalah teknikal dari sudut ulasan DR MAZA..














Monday, January 14, 2013

Mencari Iltizam yang Lama

salam.. moga-moga semua pembaca dalam keadaan yang baik-baik,moga kita sentiasa dalam redho Allah SWT.

 Setelah lama saya menyepi dari arena penulisan ini bukanlah kerana malas untuk menulis atau apa-apa sahaja,tapi mungkin sahja hilangnya azam dan iltizam dek kerana dimamah kesibukan dunia yang tanpa henti. Namun begitu dakwah penulisan saya di arus perdana media tidak pernah lenyap sama sekali,ada juga saya 'post' penulisan-penulisan islamik di laman sesawang yang tersangat terkemuka kini yang diasaskan oleh seorang pemuda Israel yang masyhur ketika ini,Mark Zukhenberg iaitu facebook..

 ya...

 niat untuk berdakwah tidak pernah berhenti tetapi kenapa ya tiba-tiba saya kembali bersemangat untuk menulis kembali?aneh bukan..

 tiada yang aneh dalam perubahan..mencipta perubahan memang sukar tetapi itu bukanlah alasan tepat untuk kita tidak bermujahadah untuk permulaan bukan?

 setelah selesai segala urusan akademik saya di UiTM yang tercinta ini,saya mula menanyakan diri apa lagi yang hendak dibuat setelah sekian lama menundukkan kepala kepada kitab-ktab pengajian yang pelbagai..

 ya..apa ya?

tiba-tiba saya teringat pada figure-figure ikon pemuda sekarang yang semakin mendapat nama dan tempat dikalangan hati belia-belia di Malaysia kini,siapa yang saya maksudkan adalah bro Mat Lutfi(sebaya saya tahun 1990),bro Aiman Azlan, dan paling saya hampiri terujanya adalah bro Hilal Asyraf... Mereka-mereka ini mempunyai iltizam adalam penyampaian message mereka tentang islam.Dakwah yang unik tapi bertepatan dengan iltizam dan azam belia masa kini. Mereka juga tidak kekok dalam menyuarakan isu-isu semasa yang menyentuh pelbagai aspek.Contoh mudah yang boleh saya beri adalah seperti ungkapan bro Hilal dalam statementnye baru-baru ini..

mari kita soroti bersama:

 "If you unhappy with Malaysia, get out from Malaysia."

 Saya bukan tak happy dengan Malaysia. Saya sayang, gembira dengan Malaysia. Cuma saya kisah bagaimana 'penjaga' kepada Malaysia, dan bagaimana penjaga itu 'menjaga' Malaysia.

 Kami rakyat yang undi, dan itu tanggungjawab pemerintah untuk jaga sebaiknya. Salah kah kami, rakyat, yang merupakan boss sebenar negara ini, untuk bagi komen dan kritikan terhadap pemimpin, tentang bagaimana dia urus tadbir?

Salahkah kami, rakyat, yang dimohon untuk mengundi mereka ini, memberikan pandangan untuk kebaikan semua?

 Malaysia ini rakyat punya. Kami berhak bersuara. Ingat baik-baik, kita ini takkan selalu di atas. Hari ini kita cakap macam itu pada orang. Nanti masa orang kita sokong tu jatuh, orang lain naik buat kita pula macam mana kita buat kat orang sebelum ini, baru kita tahu langit tu tinggi atau rendah.

 Jangan buat Malaysia ini macam beberapa puak sahaja yang punya. Kalau tiba-tiba Allah izin negara kita ubah kerajaan yang memerintah, you suka orang halau you keluar dari negara ini? Suka? Kita suka orang layan kita baik-baik, kita layan orang baik-baik jugalah. Buat apa halau-halau orang keluar negara dia sendiri? Cukai yang selama rakyat bayar tu, apa? Tak ada nilai?

 Tak ada rakyat, pemimpin tu title kosong aja. Sedar itu." -bro Hilal Asyraf-

 minta izin ya bro..

bukan plagiat suka-suka tetapi plagiat bermanfaat apa salahnya bukan? pemuda-pemuda inilah perlu kita dekati dan pelajari dan kita ambil ibroh darinya..

 bak kata Sukarno:"untuk memimpin perubahan pada sesebuah negara,aku memerlukan sepuluh orang belia sahaja yang mempunyai jiwa kental untuk mengepalai perubahan"

 Terdapat satu peristiwa yang sangat menarik untuk renungan para pemuda di zaman ini. Peristiwa ini selengkapnnya diceritakan oleh Abdurrahman bin Auf: “Selagi aku berdiri di dalam barisan perang Badar, aku melihat kekanan dan kekiri ku. Saat itu tampaklah olehku dua orang Anshar yang masih muda belia. Aku berharap semoga aku lebih kuat daripada mereka. Tiba-tiba salah seorang daripada mereka menekanku sambil berkata: ‘Wahai pakcik apakah engkau mengenal Abu Jahal ?’ Aku menjawab: ‘Ya, apakah keperluanmu padanya, wahai anak saudara ku ?’ Dia menjawab: ‘ Ada seorang memberitahuku bahawa Abu Jahal ini sering mencela Rasulullah saw. Demi (Allah) yang jiwaku ada ditangan-Nya, jika aku menjumpainya tentulah tak kan kulepaskan dia sampai siapa yang terlebih dulu mati antara aku dengan dia!” Berkata Abdurrahman bin Auf: ‘Aku merasa hairan ketika mendengarkan ucapan anak muda itu’. Kemudian anak muda yang satu lagi menekan ku pula dan berkata seperti temannya tadi.

 Tidak lama berselang daripada itu aku pun melihat Abu Jahal mundar dan mandir di dalam barisannya, maka segera aku khabarkan (kepada dua anak muda itu): ‘Itulah orang yang sedang kalian cari.” Keduanya langsung menyerang Abu Jahal, menikamnya denga pedang sampai tewas. Setelah itu mereka menghampiri Rasulullah saw(dengan rasa bangga) melaporkkan kejadian itu. Rasulullah berkata: ‘Siapa di anara kalian yang menewaskannya?’ Masing-masing menjawab: ‘sayalah yang membunuhnya’. Lalu Rasulullah bertanya lagi: ‘Apakah kalian sudah membersihkan mata pedang kalian?’ ‘Belum’ jawab mereka serentak. Rasulullah pun kemudian melihat pedang mereka, seraya bersabda: ‘Kamu berdua telah membunhnya. Akan tetapi segala pakaian dan senajta yang dipakai Abu Jahal(boleh) dimiliki Mu’adz bin al Jamuh.” (Berkata perawi hadits ini): Kedua pemuda itu adalah Mu’adz bin “afra” dan Mu’adz bin Amru bin Al Jamuh” (Lihat Musnad Imam Ahmad I/193 . Sahih bukhari Hadits nomor 3141 dan Sahih Muslim hadits nombor 1752.

 Pemuda seperti itulah yang sanggup memikul beban dakwah serta menghadapi berbagai cobaan dengan penuh kesabaran. Allah SWT berfirman: “Tetapi Rasul dan orang-orang yang beriman bersama beliau, mereka berjihad dengan harta dan diri mereka. Dan merekalah orang -orang yang memperoleh berbagai kebaikan dan merekalah orang-oang yang beruntung .(QS At Taubah: 88) Raulullah SAW menjanjikan bahawa Islampun akan menguasai dunia seperti sabdanya: “Sesungguhn;ya Allah SWT telah memberikan bagiku dunia ini, baik ufuk Timur maupun Barat. Dan kekuasaan umatku sampai kepada apa yang telah diberikan kepadaku dari dunia ini. “HR Muslim VIII/hadits no. 17771. Abu Daud hadits no 4252. Tirmidzi II/27. Ibnu Majah hadits no 2952 dan Ahmad V/278-284).

 Banyak lagi contoh-contoh menarik untuk dikongsikan tetapi ternyata sekadar pada isinya sekarang telah pun membuat saya benar-benar beriltizam dalam berkarya..

 so,what do we waiting for guys?

 medan untuk meraih ganjaran di sisi Allah swt sudah ada dan ganjaran jannah Allah telah tawarkan tidak ada setanding dengan mana-mana ganjaran dunia yang ada.. ya..MARI MENCARI ILTIZAM YANG LAMA-