Monday, September 27, 2010

4 golongan lelaki


Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:- “HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU…”

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

Monday, September 20, 2010

Azam baru....


Manchester united kembali bernafas apabila mengukir kemenangan manis 3-2 terhadap musuh ketatnya semenjak 64 tahun yang lalu iaitu Liverpool.

Di bawah kepimpinan regim baru di bawah Roy Hodgson,persembahan mereka masih jauh dan gagal untuk menandingi penguasaan dan kreativiti yang ada pada pasukan Manchester united.

Hat trick dari berbatov,satunya tandukan yang cantik,keduanya overhead kick yang brilliant dan ketiganya adalah tandukan yang routine telah cukup menjel makan kemenangan manis pada united.

Sekian lama perlawanan antara dua jagoan ini tiada pemain yang menjaringkan hatrick dan berbatov telah membuktikan hari ini dialah orangnya yang telah berjaya memecahkan tradisi tersebut.

Mungkin sesetengah penyokong Liverpool yang dulunya cinta dan sayang pada Liverpool kini telah berubah dengan berazam tidak mahu mengambil kisah mengenai bola sepak lagi.Manakan tidaknya,setelah bertahun lamanya Liverpool terus dirundum malang dengan prestasi yang megecewakan dari semasa ke semasa.

Sesungguhnya bola sepak adalah satu hiburan riadah pada penulis.Kita boleh mengikuti tapi jangan sampai terlalu taksub sehingga mengabaikan tanggungjawab kita pada illahi.

Mari berazam menjadi hamba yang lebih baik dari semalam dan hari-hari yang sebelumnya.

Maasalamah.....

Sunday, September 19, 2010

Bercakap-cakap ketika azan....


Dari masa ini,penulis telah berazam untuk membuat satu himpunan tentang segala persoalan fiqah yang pada rasa penulis ianya adalah penting untuk rujukan semasa.

Tetapi kita perlu ingat,isu fiqah perlulah sentiasa dirujuk dan dibincangkan dengan orang yang benar2 fakih dalam isu ini agar tidak berlaku penyelewengan dalam penerimaan sesuatu ilmu.

Merujuk pada solusi 23,ditanya oleh seorang pembaca megenai apakah hukumnya semasa azan dilaungkan kita masih lagi bercakap-cakap dan tidak menghormatinya?

Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani memang sudah mafhumnya sudah terkenal dalam slot soal jawab fiqah dalam solusi telah merungkai persoalan ini...

Kata beliau,tiada larangan khas bercakap-cakap ketika azan dilaungkan,begitu juga tiada tegahan bagi mereka yang bercakap dan menjawab seruan azan.

Dalilnya adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh imam Malik dalam kitab al-Muwatta’(no 236) bahawa Tha’labah Ibn Abi Malik al-Qurazhi menyatakan bahawa dulu pada zaman Umar al Khatab r.a. mereka mengerjakan solat pada hari jumaat sehingga umar keluar dari rumahnya dan masuk ke masjid.Apabila Umar masuk dan duduk di atas mimbar,muazin pun menyeru seruan azan.

Kata Tha’labah,”kami duduk sambil berbincang-bincang ketika muazin telah selesai azan dan umar berdiri untuk berkhutbah,kami pun diam mendengar.Tiada seorang pun daripada kami yang bercakap.”Sekiranya menjawab azan itu wajib,nescaya mereka akan mengikut ucapan muazin dan tidak bercakap-cakap semasa azan.

Dalam hal ini,jumhur ulama berpendapat bahawa hukum menjawab seruan azan adalah sunat berdalilkan hadis Anas bin Malik r.a,katanya:”Rasulullah s.a.w ,mendengar seseorang melaungkan azan,katanya: “Allahuakbar,Allahuakbar.”baginda menjawab yang maksudnya:”Dia di atas fitrah.”

Kemudian muazin itu berkata,”Asyhadu an la ilaha illallah,Asyhadu an la ilaha illallah.”Rasulullah menjawab,bermaksud:”Engkau keluar dari mereka.”(riwayat muslim no 845)

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w mengucapkan ucapan yang berbeza daripada apa yang disebut muazin.Ini bererti mengikut laungan muazin tidak diwajibkan.
Namun kebih baik kita senyap sambil mendengar dan menjawab azan.Imam al-Syafi’i, Ishaq bin rauyah,Imam Malik b Anas dan lain-lainnya mengatakan makruh bercakap ketika azan dilaungkan.Tetapi jika keadaan memaksa maka tidak mengapa bercakap sekadar perlu.Hendaknya tidak memanjangkan percakapan tersebut sehingga terluput daripada memperoleh keutamaan yang besar iaitu syafaat Baginda saw.
Sepatutnya hak pendengar azan adalah mengikut setiap lafaz muazin.

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a megatakan bahawa dia mendengar nabi saw bersabda yang bermaksud “Apabila kamu mendengar azan maka ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan muazin,kemudian berselawatlah ke atasku.Sesungguhya sesiapa yang berselawat ke atasku nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.Kemudian ia meminta Allah al-wasilah atasku kerana al-wasilah itu merupakan kedudukan yang tinggi di syurga.Ia tidak boleh dimiliki kecuali untuk seorang dalam kalangan hamba2 Allah dan aku berharap akulah orangnya.Sesiapa yang memohon al-wasilah untukku maka ia pasti beroleh syafaat.(riwayat muslim n0 847)

Begitulah ganjaran kepada mereka yang menjawab seruan azan serta berdoa selepasnya.

Rujukan:
Solusi isu 23,slot soal jawab fiqah di m/s 39 oleh ustaz Syed Mohd Fadzil al-Yamani.

p/s:Kadang-kadang penulis terlepas pandang dalam isu mendengar azan ini.Dalam tidak sedar,mungkin dalam enak kita berbicara tentang agama,merujuk minta redha Allah swt tetapi alangkah takutnya andai kata usaha kita itu sebenarnya menjemput kemurkaan dari Allah swt dengan melalaikan diri dari ‘alert’ dengan perkara2 sebegini...waahuallam...

Friday, September 17, 2010

Salahkah bukan Islam memasuki masjid?


Kecoh apabila dua wakil rakyat bukan Islam selepas exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama masjid Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos tahun lalu sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dari DAP yang dikatakan menyampaikan 'tazkirah' di dalam surau Al-Huda Kajang Sentral pada Ahad lalu sementara rakannya ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dari PKR pula diberi 'kebebasan' berada di saf paling hadapan di masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Mengikut Kamus Dewan, tazkirah bermaksud ceramah ringkas tentang agama Islam sebagai peringatan.

Namun tidak dapat dipastikan kedua-dua ahli parlimen itu 'bertazkirah' atau tidak. Ataupun penggunaan perkataan 'tazkirah' sesuai digunakan dalam isu ini.

Kedua-dua mereka berada di rumah ibadah umat Islam atas jemputan jawatankuasa masjid dan surau terbabit dan adanya mereka di situ telah mencetuskan polemik yang dahsyat seolah-olah mereka telah meruntuhkan atau mencemari surau dan masjid sehingga ke tahap yang tidak boleh dimaafkan lagi.

Banyak pihak menghukum kedua-dua wakil rakyat bukan Islam ini seolah-olah mereka sengaja mahu mencemarkan rumah ibadah umat Islam sedangkan jelas mereka adalah seolah-olah mangsa keadaan.

Sebagai reaksi segera atas insiden tersebut pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi terus menghukumkan bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

Kenyataan orang nombor satu Jais itu ternyata bertentangan dengan muzakarah jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan bagi hal ehwal ugama Islam Malaysia kali ke-90 yang bersidang pada 1 Mac lalu telah membincangkan `Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid'.

Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Menurut portal rasmi fatwa Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di alamat http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid, bagaimanapun perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Pelancong dalam fatwa ini menyebut yang bukan Islam dan kedua-dua wakil rakyat itu sememangnya bukan Islam.

Dalam isu melibatkan Teo, jika mahu dipersalahkan sekalipun ialah melibatkan perkara etika berpakaian yang tidak tidak menutup kepala bukannya kerana beliau menyampaikan 'tazkirah' yang jelas bukan ceramah politik sebaliknya menyebut tentang bantuan pelajaran oleh kerajaan negeri Selangor.

Namun, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan dalam soal etika berpakaian para jemputan kalau bukan mereka yang menjemput?

Dalam soal ini, pihak yang patut dipersalahkan sepenuhnya ialah jawatankuasa surau Al-Huda yang beragama Islam sepatutnya menegur atau menasihati Teo supaya berpakaian lebih sopan dengan menutup kepala.

Sebaliknya, beliau yang bukan Islam itu dibiarkan berada di bahagian depan surau tanpa menutup kepala. Sepatutnya ahli jawatankuasa perlu sensitif dalam soal ini.

Tetapi berlainan halnya dengan rakan Teo di Selayang. William berada di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru dikatakan atas jemputan jawatankuasa masjid berkenaan. Beliau berpakaian sempurna, selain mematuhi etika pemakaian di dalam masjid.

Jadi adakah wajar beliau dituduh sebagai mencemarkan masjid? Sama-samalah kita fikirkan. Dalam isu ini, pendapat politik diletakkan di depan berbanding hukum dalam Islam. Wajarkah umat Islam mendahului nafsu politik berbanding hukum agama sendiri? Tepuk dada tanya selera.

Sebaik-baiknya kita rujuk pada hujah jawatankuasa Fatwa dalam soal ini iaitu dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi (menghambakan diri dengan Allah) amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

Selain itu, umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh (berlapang dada atau terbuka) dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

Fatwa itu diakhiri dengan hujah bahawa keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

http://www.malaysiakini.com/letters/141582
Hairulazim Mahmud Sep 1, 10 10:36am

Saturday, September 11, 2010

Kembali....


Aku kembali lagi selepas berbulan-bulan sepi dari penulisan.Bukan culas atau malas,tetapi apabila akal sudah ligat dengan menulis,maka memang sukar untuk menahan diri dari untuk berhenti menulis.Apa yang berlaku disekeliling,ingin sahaja dikongsi.Moge2 yg dikongsi menjadi pedoman pada yang mmbaca dan pada yang menulis ini....

Kadangkala hati ini sentiasa dikecamuk dengan perasaan tidak sedap hati,terasa kabu ini galau.Kadang-kadang merasa seperti hilang tempat berpaut..gelap tanpa cahaya,musnah semua harapan,jiwa sakit ingin menjerit,rasional pemikiran terkikis,termenung dan akal sedikit serabut...

Tapi semua itu ada solusinya...

Solusi??

Ya..solusi itu pada kita,carilah majalah solusi di kedai yang berhampiran,haha..
lawakku ada rasionalnya..

sbb akal akan terasa sedikit tersusun kerna mmbaca penulisan2 dr majalah solusi yg sgt2 terkesan pada jiwa...

Tapi pokok pada solusi itu sbenarnya ada pada yang lain...

Cuba kita amati firman Allah SWT:

“Dengan mengingati Allah maka hati-hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’d:13)

Allah juga berfirman yang bermaksud:

“Sesiapa yang bertawakal pada Allah maka Allah akan memberikannya jalan keluar,dan akan mengurniakannya rezeki dari arah yang tidak dijangkai.”(At-Talaq: 2-3)

Rasulullah SAW pula ada bersabda yang bermaksud:

“Allah itu lebih dekat dari lehermu.”

Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Berdoalah pada KU nescaya akan KU kabulkan.”(Al-Ghafir:60)

Renungi ayat2 ini....

Pinjamkan akal kita sebentar untuk berfikir...

Sebenarnya kita punya Allah yang dekat dengan kita....

Maka ubat yang sebenarnya adalah kembali padaNya,tunduk dengan penuh rasa patuh dan merendah diri...

Saban hari kita melalui kehidupan dengan penuh keangkuhan,dilingkari dengan kemewahan dan kesenangan sehingga kita lupa sujud pada yang esa...

Jarang ketika senang,kita ingat pada Allah...

Jarang sekali kan...

Lantas susah,barulah kita rebah mengingati DIA...

Mari kita sujud kerana kita merasakan kita ini memerlukan Allah.Sujud tanda syukur pada segala nikmat yang dikurniakan...

Suka saya berkongsi tip menarik dari Hilal Asyraf dalam bagaimana kita ingin menghilangkan keresahan pada diri...

• Pertama,bacalah al-quran,terutama surah toha,al-insyirah dan ad-dhuha...
• Beruzlah ataupun berkhalwat dengan Allah
• Ingat mati
• Solat
• Puasa

Aku ingin sekali mencari cinta Allah dan Rasul....

Carilah segala hikmah disebalik yang tersurat...

Kembalilah pada Allah dan bermuhasabah...

Marilah kita sama-sama memperingati antara satu sama yang lain...

Tulisanku ini,dituju khas pada diriku yang daif ini...

Semoga Allah merahmati kita semua....

Friday, September 10, 2010

Doa untuk bukan Muslim


Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang 'dikecohkan' sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salah faham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya "malu") dengan fatwa Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan Muslim, saya jawab, saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut.

SMS beliau kepada saya: "Apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?"


Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain, di luar apa yang saya faham.

Perkataan "sejahtera" itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:

Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu.


Harussani bukan lemah seperti saya

Adapun Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh - bukan lemah seperti saya - dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.


Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.
Kita memberitahu dunia "Islam adalah agama yang rahmat". Pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan, terutama di media-media kerajaan, "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam".


Walaupun Nabi SAW - seperti riwayat al-Bukhari - dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim, baginda hanya mengucapkan "assalamualaikum" sahaja. Perkataan "assalamualaikum" itu memang bermaksud "kesejahteraan ke atas kamu".

Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan "salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam". Tidakkah "salam sejahtera kepada bukan beragama Islam" itu satu doa untuk mereka?

Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru "Salam 1Malaysia" juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: Janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

Nabi jampi orang gila bukan Muslim

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas.

Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.


Kata Abdullah bin Mas'ud: "Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi AS yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: "Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi SAW pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan Muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing.

Nabi SAW bersabda kepada sahabat tersebut: "Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar".

Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.

Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Permainan politik

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).


Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik.

Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: "Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian.

Cina rajin dan kaya

Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda? Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?

Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan di kalangan mereka?


Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khususnya, mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh.

Jika Nabi SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab". (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 24, 10
3:50pm

sumber:ttp://www.malaysiakini.com/columns/140964

Thursday, September 9, 2010

Mari kita mengira....


Pernah kita terfikir andai kata kalau Allah itu jenis berkira sebagaimana berkiranya manusia.Sesungguhnya Allah itu tidak berkira dengan hamba2Nya.

Believe it or not,cinta Allah pada kita sangat la besar...

Sahabatku di Arau pernah berkata padaku,”Allah itu begitu.Dia memberikan kita kehidupan dengan percuma tanpa apa-apa bayaran,kita hanya diminta untuk menjalankan kehidupan itu dengan baik.kemudian Dia akan membeli kehidupan kita kemudian dia beri pula syurga yang harganya tidak terhingga dan tidak terimaginasi dibuatnya....

Aku senyap,cuba mghadam apa yg ditazkir oleh sahabatku td..

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“sesungguhnya Allah mmbeli daripada orang yang beriman dari mereka harta2 mereka,dengan memberikan mereka syurga..” (At-Taubah: 111)
Allah itu CINTA pada kita...

Tempoh hari aku ada terbuka laman blog Ustaz Hasrizal,dia ada menggariskan beberapa perkara mengenai sifat cinta Allah kepada hamba2Nya.Antaranya ialah;

• Memberi tanpa meminta sebarang pembalasan.Allah itu al-wahhab,maha kaya,tidak perlu pada makhluk.Oleh itulah Allah mmberi dengan sifatNya yang al-wahhab tanpa mengurangkan langsung pembehandaraanNya.

• Memberi secara berulang-ulang.Al-wahhab akan terus mmberi berulang kali,tidak jemu member dan tiada marah pabila dipinta.

• Memberi tanpa dipinta.Dia memberi tanpa dipinta,Kiralah pada segala bagai perkara disekeliling kita,Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta.Dia berikan kita sahabat yang baik,tanpa kita minta dan jangka.Pelbagai lagi nikmat yang kadang2 kita tidak terfikir mengenainya.

• Memberi sesuatu yang amat berharga.Dia kurniakan kita dengan sifat al-wahhab,bukanlah hiasan yang berharga,harta atau rumah yang bertingkat2 luasnya.Apa yang ditekankan disini ialah rahmat,pengampunan,pada setiap taat dibalas nikmat,satu maksiat dibalas binasa kiamat.Peluang terus menerus sehinggala pintu taubat tertutup rapat.

• Memberi sesuatu kebaikan agar menghasilkan kebaikan.Pelbagai kebaikan diberikan pada kita agar kita sambut penuh syukur dan taat penuh khidmat kepada sesame insan,Diberikan kita ilmu untuk berdakwah.Diberi segala yang baik agar kita berbuat baik pada kebaikan yang kita dapat.

Allah amat cintakan kita pembaca-pembaca sekalian...

Kita??

Kita patuh dan taat pada mulanya,pabila dipinta semuanya diberikan.Tatkala Allah uji kita sedikit dengan ujian,lantas kita terus culas dengan Allah,kita lari dari pegangan asal.

Manakan seseorang itu dilabel beriman selagi dianya tidak diuji...

Aku kagum,aku hormat,aku terharu...

Pabila dia diapit kesedihan yang dia dan Allah sahaja yang tahu...

Bayangkan aku jika ditempat mereka...

Dalam sujud akhirku,selalu kupinta agar jangan dibolak balikkan hati ini,biarlah ia teguh sentiasa di jalan yang lurus...

Aku tak mahu bergembira diatas penderitaan orang lain...

Memang wajah boleh terseyum,sekadar menjaga diri dari kerisauan orang lain...

Allah tidak berkira...

Allah cinta pada kita...

Kadang kita buta pada cinta illahi...

Mari kita celikkan jiwa pada syawal yang bakal menjelang esok...

Aku,kau,mereka semuanya hamba...

Hamba pada siapa??

ALLAH SWT....

Mari kita mengira....

-sekian-