Thursday, December 16, 2010

berubah atau kekal?


Foto diatas menunjukkan keberadaan Penulis di luar negeri...

Bila direnung foto ini..
Penulis terfikir adakah wajar imej ini dikekalkan..
Atau..
Ditukar sama sekali..

Tanpa jaket dan spek mata hitam..
Bagi penulis ianya satu kejanggalan..

Haha..

Tapi imej ini bagi penulis satu kaedah sir untuk berdakwah..
Tiada mesti perlu berjubah dan berkopiah baru boleh kita menyampaikan bait2 cinta illahi..
Teringat pada satu sesi posmortem ketika berprogram,dimana penulis meminta maaf andai-andai sahaja imej penulis acap sekali tidak mggmbarkan aliran fikrah yang cuba dibawa ini..

Maaf penulis dibalas dengan sokongan imej ini perlu diteruskan dan tiada salah..
Maaf penulis hadir apabila diamati pakaian2 sahabat yang lain,semuanya ala ketimuran,manis plus sejuk dan sopan..

Bedanya dengan penulis,penulis sedikit ranggi..
Haha..
Sekadar hisaban sebentar dari diri yang dipanngil manusia..

Tuesday, December 7, 2010

jalan biasa yang lama...



“ok,esok abang rebung..kiranya cuti la sebab kerja ETSM hari ney kat Tampin da beres.”kata abang Azri sambil tersenyum...

Alhamdulillah.Hadir penulis di bumi bertuah itu telah pun mencecah hampir 2 minggu pantasnya.Dalam perkiraan penulis,inilah masa terbaik untuk pulang sebentar menziarahi keluarga tercinta di kuala lumpur...

Cuti 3 hari 2 malam yang diberikan,penulis ambil penuh ibrah....

Penulis pendekkan cerita dengan terus menceritakan keberadaan penulis di stesen ktm seremban...

Sibuknya bukan kepalang,rasenye semua berhasrat pulang sepertimana penulis juga rasanya.Tiket dibeli...alhamdulillah,harganya murah tanpa disangka,rm6 tunai.Pada sangkaan penulis,harga tiket barangkali mahal kerana jarak perjalanan yang jauh namun sangkaan itu meleset..mungkin penulis terlupa yang dinaiki ini adalah KTM,bukannya bas ekspress...

senyum penulis sendirian...

sekali lagi masa terus berbicara tanpa disedari...
kali ini penulis duduk di hujung bangku sambil meyandarkan diri pada sebuah penghadang...

duduk sambil membaca...

namun bacaan penulis sedikit terganggu dengan kehadiran seorang hamba Allah ini.dia berdiri hampir dengan penulis,sekali sekale penulis menjeling.Berkali2 penulis menjeling dan akhirnya penulis akur dengan bahawasanya yang dijeling itu lebih berhak untuk duduk di bangku itu dari penulis.

Hamba Allah yang penulis maksudkan itu adalah seorang kanak2.dirinya gagah kononnya stabil...

Matanya melirik tepat pada penulis seolah memohon diberi simpati..

Penulis malu..

Takut dilabel riak jika membuat kebaikan dihadapan mereka...

Itulah bisikan syaitan..ada saje helah membantutkan pertolongan manusia sesame manusia..

Maka penulis bangun,berdiri selama sejam dalam keratapi...

Wajarkah diri ini megeluh??

Seharusnya ya..

Kerna megeluh pertimbangan akal manusia dari pertimbangan illahi...

*lokasi:kl central....

Kaunter tiket ke masjid jamek padat dengan bondongan manusia,padat dengan pelbagai ragam puluhan manusia...

Dalam kesibukan itu,tiba2 penulis terdengar suara...

“abang ada rm1?xcukup duit bang nak beli tiket?”mintanya perlahan..
Penulis tersentak.Mahu diberi atau tidak.Nampak semacam,takut2 itu tribulasi pada penngunggutan...

masyaAllah...

sungguh pantas penulis suudzon...
lalu penulis bertanya..

“abang nak ke mana?”Tanya penulis perlahan...

“ke CM bang...”jawabnya pantas...

Lalu penulis hulurkan yang patut..tetapi mengapa dalam puluhan manusia,mengapa penulis dimintanya.Sedangkan masih ramai lagi yang berdekatan dengannya yang tidak dicubanya...
Penulis teruja dengan situasi itu..cukup mengibrahkan...

*lokasi:masih di kl central...

Langkah semakin laju,mengejar masa yang kian pantas berlalu...
Dan sekali lagi ujian Allah berkunjung tiba..

“hello boy,can u help me?”soalnya dengan loghat yang xberapa penulis mengerti...

Rupanya dia mengingikan penulis mengangkatkan begnya ke atas dengan melalui escalator..

Ada 3 beg disitu..

Mengapa dia tidak angkat sendiri ye...
Penulis hairan...
Warga asing itu mula mengorak langkah..kakinya sedikit senget..

masyaAllah..sekali lagi penulis bersangka buruk..

rupanya dia tempang.mana daya dia ingin mengagkat beg2 yang sebanyak itu ke atas..

penulis diam..

kami melangkah masuk ke dalam putra lrt..

lalu dia bertanya,”what is ur name?”...

“my name is Afiq.”jawabku sedikit segan..

“and u sir?”penulis memberanikan diri bertanya...

“My name is Muhammad.”jawabya tersenyum nipis...

Dia islam rupanya..penulis memikirkan sebaliknya,sekali lagi penulis terkesima..
Penulis cuba merebut peluang iaitu bercakap inngeris dengan warga asing itu..
Alhamdulillah..dia faham apa yang penulis katekan.Perbualan kami berlangsung dalam bahasa asing itu.Walaupun broken,walaupun banyak mata2 memerhati perbualan kami dalam keretapi itu,walau malu menggamit diri..jangan biarkan ia berlarutan..
Kerana..
Kita sedang berguru dengan guru yang mahal yuran pengajarannya..

Iaitu PENGALAMAN...

*lokasi:stesen lrt ampang...

Panjang penulis beratur mengambil giliran menaiki teksi..
Setelah beberapa minit lamanya,sampai giliran penulis...

“hantar ke bukit indah boleh bang?”tanyaku pantas...
“emm..boleh.”jawabnya ringkas...

Beg diletakkan dibelakang..penulis lalu duduk bersahaja..
Kemudian pemandu teksi itu bertanya...

“abang nak dengar atau membaca?”soalnya bersahaja...

Penulis tersentak..belum pernah sehayat penulis menaiki teksi ditanya sbegitu rupa...

“dengar kot bang.”jawabku pada pertanyaannya...

Sebelum itu,dia membacakan doa yang sangat familiar pada penulis..ya..itu doa naik kenderaan dan doa2 al-mathurat pada waktu petang...

Inilah pengalaman menaiki teksi yang paling menarik yang penulis tempuhi..
Tertarik dengan suasana itu..penulis membuka langkah berbicara..

“abang asal mana ea?”
“saya asal kuala lumpur,tapi menetap di ampang permai.”

Begitulah permulaannya..kami berbual panjang,ada juga menyentuh tentang isu2 akidah,tauhid dan siasah...

Wah!siapa abang ney ea??
Sungguh penulis tertanya-tanya...

Akhirnya penulis tiba di rumah...

“sebelum kita berpisah bang,abang ada pesanan buat saya..err..kata2 amanat ke kan.”mintanya tanpa penulis duga...

Penulis diam..tiada diduga dia meminta nasihat dari penulis..sedangkan pegenalan kami hanyalah berusia sebentar tadi..

Bila ukhuwah dijalin kerana Allah dan berpisah kerana Allah..maka peretemuan itu sangat nostalgic,sangat rindu untuk bertemu kembali..itu yang penulis rasakan..

dengan niat untuk berkongsi,maka penulis katekan...

“xlayaklah rasenye saye bg amanat,tapi apa yang penting..jaga solat kita,ingatan untuk saya jugak ney.”jawabku ringkas.


Tiba di rumah akhirnya...
Mak aku cium selumatnya tanda rindu tiada sudah dari anak tunggalnya ini..
Peristiwa sebentar tadi penulis ceritakan pada mak...
Supaya menjadi hisaban diri...

Maafla panjang sangat plus meleret...
Sekadar perkongsian dari pengamatan hidup...
Sekian..wassalam...

Monday, November 22, 2010

Asal yang Asing...



Penulis pulang pada asal.Menyembah kembali kota negri yang telah lama penulis tinggalkan...

kembali ke sini dengan 1001 harapan baru dan tidak lupa juga pada cabaran baru yang bakal mendatang...

membina kehidupan baru bersama kawan-kawan baru yang asing..

suasana turut begitu..

penulis keluar dari kepompong keselesaan,berjalan untuk mengambil iktibar dari persekitaraan...

membaca ayat-ayat cinta yang terbentang luas..

menyaksikan bagaimana pena-pena kekuasaan menuliskan tanda-tanda keindahan diatas lembaran yang hidup..

bila dilihat kehebatan pena-pena itu,penulis ditemukan jiwa yang benar-benar merdeka dan bebas seperti burung yang berkicauan melafazkan tasbih di angkasa kebahagiaan..

aduh...

bersastera lagi penulis..

haha..

kadang2 monolog itu menyeronokkan...

Wednesday, November 17, 2010

Aku juga sepenuhnya milik Allah...



Pada suatu petang yang mendung..

Tatkala sedang meniliti setiap birai2 kata penuh hikmah dalam buku la tahzan..tiba2 teringat pada satu kad biru yang diberikan oleh seorang hamba Allah ini pada penulis..puas penulis mencari,akhirnya terjumpa di selitan sebuah novel..

Ya..diselitan sebuah novel..

Biar penulis kongsikan karya dari kad biru itu sebentar tadi..

Benar..setiap kali kita menasihati manusia,
Perkara yang sama akan terjadi pada kita..
Mungkin DIA mahu kita mengotakan kata..
Atau mungkin DIA mahu kita lebih memahami..
Keadaan mereka yang pernah kita nasihati..

Mahu hentikan nasihat-nasihat kita itu???
Tidakkah bila kau lupa kau ingin diingatkan?
Tidakkah bila kau sedih kau ingin dihiburkan?
Tidakkah bila kau ditimpa musibah kau ingin dikasihani?

Tidakkah bila kau bermasalah kau juga ingin dinasihati???


aku sepenuhnya milik Allah

Baik..

Ingat jade?

Ingat trisy?

Andai kata ingat dan kenal..karya ini sangat sinonim dengan kehidupan dua watak di atas..

Penulis mencuba menjadi jade?

Beginilah..

Penulis mengikuti bukan menjadi ..

Mengikuti agar selepas ini menjadi diikuti..

Terlalu berfalsafah penulis ini..

Terkesan dari pahrol juoi agaknya..

Maaf,hari ini sedikit berdiari.Sungguh tidak maskulin bukan untuk seorang lelaki berdiari?hanya orang yang ego akan berkata begitu sebenarnya..

Kita sebenarnya umat islam dituntut untuk ‘ego’ dengan agama kita.Barulah islam itu dihormati dan disegani...

Itulah sebaik2 ego..Ya Allah,berilah petunjuk Mu agar aku sentiasa di jalanMU..

Ya Allah,sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan..

Ya Allah,lenyapkanlah perasaan was2 dengan fajar cahaya kebenaran dan hapuskanlah jiwa yang rosak dengan falak kebenaran dan tolaklah tipu daya syaitan dengan tentera bantuan MU...

Ya Allah,lenyapkan dukacita kami,hilangkanlah kesedihan kami dan halaulah keresahan dari jiwa kami..

Kami berlindung kepada MU dari perasaan takut,kami bersandar dan berserah hanya kepada MU,kami tidak meminta tolong melainkan kepada MU.Engkaulah pemelihara kami..

amin ya rabb..

akhir kata

Aku juga sepenuhnya milik Allah...

Sunday, November 14, 2010

sekali lagi..



Hari ini sekali lagi penulis ingin berkongsi tentang ilmu yang penulis dapati dari pesta ilmu kuliah maghrib yang berhampiran dengan rumah tercinta penulis.Makanya,penulis telah ‘mencuri’ kereta ayah untuk dipandu ke masjid tersebut.Perlu cepat agar tidak termiss satu das pun info tentang kuliah tersebut.Pelik,sedikit semangat hari itu..aku hairan..tapi rasanya tidak perlu dikeluhkan kerna ianya satu penambahbaikkan dalam diri..

Tajuk kuliah tersebut adalah mengenai hari raya aidiladha.ya..penulis hampir terlupa bahawa hari2 berbahagia semakin dekat megetuk jiwa.Sungguh langsung penulis tiada keingatan.Alhamdulillah,Allah menyedarkan penulis untuk bergerak mencari ilmunya yang Maha perkasa luasnya...

Baiklah,disini merupakan sedikit perkongsian yang boleh penulis bualkan bersama.Agar kita mendapat manfaat bersama.InsyaAllah....

-merujuk mazhab syafie,melakukan qurban adalah sunat muakad(sunat yg dituntut) bagi mereka yang mengerjakan haji dan yang tidak mengerjakan haji.

-merujuk Abu hanifah,wajib pada si kaya tetapi tidak pada yang miskin.

-menurut jumhur ulama’ pula,cukuplah sekali seumur hidup untuk berqurban.

-Hukum menjadi wajib apabila kita bernazar,menurut imam syafie.

-apabila kita bernazar untuk berkorban,sembelihan yang kita korbankan itu adalah haram sama sekali pada yang bernazar dan tanggungan itu memakan qurban itu.

-syarat nazar:
Perlu berlafaz dan ada saksi.

-hutang nazar wajid dibayar

-solat wajib qado’ walaupun telah bertaubat-imam syafie-

-di tanah haram,tiada waktu haram untuk solat.

-qado’ yang dirancang adalah haram

-kita zalim apabila kita menjadi hamba yang xbersyukur.Maka tepuk dada Tanya iman.

-apabila telah naik matahari pada 10 zulhijjah,kemudiannya solat sunat 2 rakaat,2 khutbah yang ringkas maka barulah dijalankan aktiviti qurban.

-11,12 dan 13 zulhijjah adalah hari tashrik

-10,11,12 dan 13 adalah hari2 yang dimana waktu aktiviti qurban dijalankan

-apabila kita buat qurban sebelum atau selepas hari2 qurban itu,maka sembelihan itu xmenjadi qurban,menjadi sembelihan biasa sebaliknya.

-syarat qurban;
• Binatang al-an’am(binatang ternakan) kecuali rusa,kuda,arnab...
• Menurut ibnu abbas,qurbankan mana2 binatang yang boleh dimakan,menumpahkan darah mana2 binatang.
• Afdholnya unta,kemudian lembu,kambing...

p/s:ada lagi,tapi xsempat coz ad owg call tyme 2,so terus proceed pada...

-seekor binatang seperti unta,lembu dan kerbau ada 7 bahagian,dimana satu bahagian satu orang.kalau 7 bahagian 7 orang la.Standard 7 je,xde yang lbey pada 2.

-kambing pulak dikira satu bahagian(seorang)

-lebih afdhol satu kambing seorang dari unta yang dibahagi pada 7 bahagian 2.

Alhamdulillah,begitu la serba sedikit perkongsian yang xseberapa ney.Imbuhan pada penulis,barulah penulis faham tentang isu bahagian2 ini.Ayah selalu meyebut istilah ini bila mana aidiladha menjelang,xfaham pun tapi baru la tahu betapa significannya bahagian dan sangat berkaitan pada keafdholan 2 tersendiri.

Moge jiwa ini terus istiqomah pada majlis2 ilmu ini.if da buat sekali Alhamdulillah,tapi kalau nak memaintainkannya,hmm...perlu kene ada banyak motivasi kowt.cukup rasanya disini.Segala yang baik datang dari Allah yang buruk datang pada penulis sendiri.sebelum terlupa,selamat aidiladha pada pembaca sekalian.assalammualaikum wa maassalamah(jumpa lagi).

p/s:Massalamah jawabnya ilal liqo’

Tuesday, November 9, 2010

TARBIYAH JIWA...



Pada 2 hari sebelum menjelang final exam,entah kenapa hati ini terasa terdorong untuk menghadirkan diri pada satu kuliah maghrib yang berlangsung di salah satu surau di Shah Alam.Terasa diri ini perlu ditakarrubkan pada Allah.Ketenangan yang sejati hanya boleh digapai apabila kita cuba memangkin redha dari Allah SWT dan Alhamdulillah dalam kuliah yang berlangsung kira2 sejam telah menjemput diri ini mahu berkongsi sedikit ilmu yang didapati pada rakan2 sekalian...

Kuliah disampaikan oleh Ustaz Husni dimana tajuk kuliah itu adalah tarbiyah jiwa.
Pada penulis tajuk itu sangat menarik,sangat sesuai dengan diri ini rasanya...
Antara perkongsian menarik Ustaz Husni adalah:

-dalam pentarbiyahan jiwa,cuba latih diri ini untuk sentiasa beramal dengan join dengan mana2 unit amal atau persatuan2 amal yang berdekatan

-merujuk pada kata2 Yusof Qardhawi,sememangnya kita hendak melahirkan manusia yang menjadi penggerak,pekerja dan bukannya pandai pada teori dan hannya pandai bercakap semata2.

-Roh memberi 70% kekuatan pada inner desire manusia untuk melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan.

-iman kita selalu bertambah dan berkurang

-Iman boleh dimantapkan dengan menjoinkan diri dengan program2 ukhrawi dan zikir2.

-manakala iman berkurang apabila kita sibuk dengan hal2 duniawi..contoh:main ps3..hmm..

-selalu join kuliah,banyakkan berkawan dengan sahabat ,bergaul dengan mereka,membenarkan mereka,support mereka dan apa2 yang sewaktu dengannya.

-sesungguhnya tarbiyah adalah perkara yang berterusan.

-hati sentiasa berubah mengikut keadaan sekeliling.

-Allah mengubah hati berdasarkan pada perwatakan manusia itu.

-makin banyak amalnya,makin fixed hatinya pada kebaikan.

-Sememangnya maksiat itu adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan dan maksiat itu adalah sinonim pada dosa,manusia xpernah sunyi pada kesilapan,apabila melakukan dosa maksiat,dia tidak berasa dosa,tak bertaubat..maka itu luar biasa.

-walaupun maksiat itu unstoppable,namun jangan biarkan hati kita redha pada maksiat.

-Apabila dosa yang dilakukan,kita xbertaubat dan beristigfar,maka Allah akan meletakkan titik hitam pada hati.

-terbuat dosa atau maksiat,cepat2 beristigfar.

-tarbiyah itu rutin harian.

-jagalah solat berjemaah

-adalah kecacatan pada diriku ini apabila solat berjemaah gagal disetelkan.

-perincikan solat kita.

-wujudkan al-quran peribadi.

-bersama Al-quran,sentiasa berdamping dengan al-quran moga al-quran menjadi pendamping pada kita ketika di liang lahad nanti.

-paling susah dalam hidup,nak menjaga ukhuwah dan hubungan kita sesame manusia.

-majlis ilmu itu zikrullah.

-ikhlaskan diri anda selalu.

-xingat hadis apa,tapi baginda SAW sangat bimbang akan berlaku ujian besar pada umatnya iaitu;

Syirik iaitu mereka yang riak dalam amalannya dan beramal xikhlas

Syahwat yang tersembunyi.

-makin tinggi iman kita,makin besar godaan syaitan pada kita.

Begitulah serba sedikit yang dapat penulis kongsikan tentang tarbiyah jiwa.Mungkin dalam susunan isi adalah tidak beberapa nak teratur dan tersusun.tetapi diharapkan perkongsian ini dapat kita manfaatkan bersama.satu lagi pesanan penulis,jangan culas kita mengimarahkan majlis2 ilmu.maassalamah...

Tuesday, November 2, 2010

Ibu memberi bukan untuk menerima...



Saya betul2 tersentuh.Air mata hampir menitis.Kata-katanya singkat tapi sangat menyentuh.Tuan Syed(begitulah panggilan saya pada dia) bercerita seadanya.Perlahan,seakan-akan berbual ringan.

“Cuba ceritakan keistimewaan ibu Tuan Syed?”

“Semua ibu istimewa.”

“Tapi saya ingin dengar kisah ibu Tuan Syed.Ya semua ibu istimewa tetapi keistimewaan seseorang ibu dengan yang lain pasti berlainan.Apa keistimewaan ibu Tuan Syed?”pinta saya seakan merayu.

“Saya teringat...”Tuan Syed mula bercerita.”Satu hari semasa umi sangat uzur dia ingin turun tangga melihat halaman rumah.Sakitnya kian berat.Badannya lemah.Saya papah ummi menuruni tangga.”

Saya mendengar penuh minat.

“Tiba2 ummi berkata,ummi risau,kalau ummi meninggal nanti siapa yang doakan kamu!”
Saya tersentak.Benar2 tersentuh.Jika sayalah di tempat ibu Tuan Syed itu mungkin kata-kata saya berbeza.Mungkin saya akan berkat begini,”kalau ummi meninggal nanti,sapalah diantara anank2 ummi yang nak doakan ummi ya?”Tetapi sebaliknya bagi ibu Tuan Syed di depan saya,dia bimbang kalau tidak dapat ‘memberi’,manakala saya bimbang kalau tidak dapat ‘menerima’.

“Apa kesan daripada kata-kata ibu kepada Tuan Syed?”cungkil saya.

“Semenjak itu hingga kini,selepas 5 tahun kematiannya,saya tidak pernah luput daripada mendoakannya setiap kali selepas solat lima waktu.Kata-kata itu sangat berkesan di hati saya.”

Matanya mula berair.Sebak.Jiwa saya terpukul.Ah,lalainya aku,kekadang lupa juga mendoakan ibu seusai solat 5 waktu.

Kini setelah hampir sebulan perbualan itu berlalu,hati saya masih sukar memutuskan siapa yang lebih bertuah,Tuan Syed yang mendapat ibunya yang baik atau ibu Tuan Syed yang mendapat anak yang baik?tapi hakikatnya,siapa yang menyayangi akan disayangi.Siapa yang paling tinggi kasihnya,dialah yang paling banyak member.Ya,kita akan lebih banyak menerima jika kita memberi bukan untuk menerima!

p/s:cerita ini aku ambil dari buku nota hati seorang lelaki...mmbaca nota ini teringat pada ibu di rumah,teringat pada segala genap pengorbanan ibu..hiba bila direnungkan..kagum aku memanjang..mana mungkin ada pengganti sehebat dia nanti..ya,teruskan berdoa wahai anak..teruskan...

Friday, October 29, 2010

anda semakin matang bila...


Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

rujukan:artikel iluvislam

Friday, October 22, 2010



Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMU
Kau biarkan kasihku

MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaiMU tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMU
Kau benarkan kasihku
MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMU tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk diriMU
Kau dengarkan kasihku

MencintaiMU tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMU tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMU selalu

P/S:lekatkan earphone anda pada telinga,dendangkan lagu ketulusan hati oleh Anuar Zain pada MP3 atau laptop anda..jom hayati sejenak..

Wednesday, October 13, 2010

dunia penjara orang mukmin...




kita semua hamba..
perlu sentiasa patuh perintahNya...
Dunia hanya sementara...

Akhirat kekal selamanya..
menanam disini...
menuai disana..

susah disini
insyaAllah...
senang disana..

'dunia penjara orang mukmin'

Tuesday, October 12, 2010

malu...




Malu..
malu diri ini...
bila dibanding diri ini dengan Sultan Muhammad Al-Fateh..
menakluk konstatinople pada usia yang muda..
Duhai diri,kau juga muda..
tapi apakah telah kau sumbangkan untuk islam??
jom muhasabah diri..

Sunday, October 3, 2010

Dimana ku berada,disitu iman ku bawa...



Abang Agus,Abang Syamil,Abang Safar,Ustaz Hafiz Hasan,Syafiq,Shadiqien,Amran,Majdudi,Taqiudin dan Ikhtar.

Mereka ini semuanya adalah hamba Allah yang telah banyak penulis pelajari dari mereka.Terasa diri ini kerdil dibandingkan dengan mereka.Bukannya penulis tiada motivasi diri atau lemahnya keyakinan diri tetapi penulis berasa sangat hormat pada mereka semua.

Selama 3 hari 2 malam penulis menghabiskan masa-masa berharga untuk mengulangkaji dan membuat assignment penulis kepada gerak kerja.Dalam fasa terakhir semester,sudah pasti kita sebagai pelajar akan sibuk dengan kerja yang mega bertimbun tetapi mengapa diri ini masih lagi mahu menghadirkan diri dalam kem sedangkan masa tidak memihak pada penulis.

Disinilah segala kata-kata penulis pada adik-adik diuji,dihambat masa yang tiada peluang memberi kita masa untuk berbicara dengannya.Teringat pada satu hikam ini yang bermaksud apabila kita berkata-kata,sesungguhnya pada mereka yang berkata akan duji dengan kata-katanya itu kelak.

Dengan kehendak Sang Pencinta Alam ini,maka berangkatlah penulis dengan jiwa yang masih tersangkut di kampus.

Setibanya penulis dan sahabat-sahabat yang lain di kem tersebut,tiba-tiba akal yang serabut tadi berubah mengalir tenang umpama sungai Nil yang tiada hulu dan hilirnya.Ya Salam,alangkah terpesona penulis dengan suasana kem yang menghijau sambil diiringi deruan sungai yang mengalir deras sambil dihalusi dengan bunyi unggas dan makhluk-makhluk ciptaan Allah yang lain.

Bertindak sebagai biro program dalam kem tersebut,masa untuk diri sendiri sudah pastinya tidak diendahkan,masa kita adalah untuk adik-adik peserta dan pengurusan program agar berjalan lancar.

Program berjalan baik tanpa sebarang banyak masalah tetapi hakikatnya....

Hakikatnya aku ini berprogram untuk siapa dan layakkah aku berprogram?

Sudahkah aku ini betul-betul mantap diprogram?

Sebenarnya penulis kurang senang,kurang selesa dengan diri....

Rasa diri ini belum benar-benar ikhlas berjuang di jalan yang mulia ini...

Aku hanya baru berubah dari manusia lain kepada manusia yang lain...

Bilakah hati ini benar-benar akan ikhlas dan cinta pada Allah...

Dalam masa terluang,aku akan kedepan bersemuka dengan adik-adik...

Menceritakan betapa pentingnya manusia itu pada penyampaian dan perkongsian..

Hal itu diulang dan diulang...

Abang-abang pun turut begitu..mengulang tanpa bosan...

Apa itu iman,apa itu aqidah,apa itu dai...

Apakah apa pada segala apa??

Terlalu banyak pada pengulangan...

1400 tahun yang lalu perkongsian ini dimulakan...

Seseorang yang mencintai kita...

Sangat mencintai kita...

Aku paling suka kalau abang fizul menceritakan tentang kisah hidupnya...

Dia bersemangat bertambah sayu pada setiap penyampaiannya...

memang sayu...

Maaf,tiada modal untuk menulis sebenarnya...pada yang membaca terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda..

Sekadar berkongsi dan bermuhasabah diri..

Ingatlah...

Hidup ini tidak selalunya indah kerana disitulah keindahan hidup...

Maka...

Dimana kita berada,pastikan iman sentiasa dibawa.,maka keindahan akan mengejar kita...

Monday, September 27, 2010

4 golongan lelaki


Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.Nantikan tarikan ibunya ke neraka. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:- “HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU…”

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg Allah swt berikan pada kita.

Monday, September 20, 2010

Azam baru....


Manchester united kembali bernafas apabila mengukir kemenangan manis 3-2 terhadap musuh ketatnya semenjak 64 tahun yang lalu iaitu Liverpool.

Di bawah kepimpinan regim baru di bawah Roy Hodgson,persembahan mereka masih jauh dan gagal untuk menandingi penguasaan dan kreativiti yang ada pada pasukan Manchester united.

Hat trick dari berbatov,satunya tandukan yang cantik,keduanya overhead kick yang brilliant dan ketiganya adalah tandukan yang routine telah cukup menjel makan kemenangan manis pada united.

Sekian lama perlawanan antara dua jagoan ini tiada pemain yang menjaringkan hatrick dan berbatov telah membuktikan hari ini dialah orangnya yang telah berjaya memecahkan tradisi tersebut.

Mungkin sesetengah penyokong Liverpool yang dulunya cinta dan sayang pada Liverpool kini telah berubah dengan berazam tidak mahu mengambil kisah mengenai bola sepak lagi.Manakan tidaknya,setelah bertahun lamanya Liverpool terus dirundum malang dengan prestasi yang megecewakan dari semasa ke semasa.

Sesungguhnya bola sepak adalah satu hiburan riadah pada penulis.Kita boleh mengikuti tapi jangan sampai terlalu taksub sehingga mengabaikan tanggungjawab kita pada illahi.

Mari berazam menjadi hamba yang lebih baik dari semalam dan hari-hari yang sebelumnya.

Maasalamah.....

Sunday, September 19, 2010

Bercakap-cakap ketika azan....


Dari masa ini,penulis telah berazam untuk membuat satu himpunan tentang segala persoalan fiqah yang pada rasa penulis ianya adalah penting untuk rujukan semasa.

Tetapi kita perlu ingat,isu fiqah perlulah sentiasa dirujuk dan dibincangkan dengan orang yang benar2 fakih dalam isu ini agar tidak berlaku penyelewengan dalam penerimaan sesuatu ilmu.

Merujuk pada solusi 23,ditanya oleh seorang pembaca megenai apakah hukumnya semasa azan dilaungkan kita masih lagi bercakap-cakap dan tidak menghormatinya?

Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani memang sudah mafhumnya sudah terkenal dalam slot soal jawab fiqah dalam solusi telah merungkai persoalan ini...

Kata beliau,tiada larangan khas bercakap-cakap ketika azan dilaungkan,begitu juga tiada tegahan bagi mereka yang bercakap dan menjawab seruan azan.

Dalilnya adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh imam Malik dalam kitab al-Muwatta’(no 236) bahawa Tha’labah Ibn Abi Malik al-Qurazhi menyatakan bahawa dulu pada zaman Umar al Khatab r.a. mereka mengerjakan solat pada hari jumaat sehingga umar keluar dari rumahnya dan masuk ke masjid.Apabila Umar masuk dan duduk di atas mimbar,muazin pun menyeru seruan azan.

Kata Tha’labah,”kami duduk sambil berbincang-bincang ketika muazin telah selesai azan dan umar berdiri untuk berkhutbah,kami pun diam mendengar.Tiada seorang pun daripada kami yang bercakap.”Sekiranya menjawab azan itu wajib,nescaya mereka akan mengikut ucapan muazin dan tidak bercakap-cakap semasa azan.

Dalam hal ini,jumhur ulama berpendapat bahawa hukum menjawab seruan azan adalah sunat berdalilkan hadis Anas bin Malik r.a,katanya:”Rasulullah s.a.w ,mendengar seseorang melaungkan azan,katanya: “Allahuakbar,Allahuakbar.”baginda menjawab yang maksudnya:”Dia di atas fitrah.”

Kemudian muazin itu berkata,”Asyhadu an la ilaha illallah,Asyhadu an la ilaha illallah.”Rasulullah menjawab,bermaksud:”Engkau keluar dari mereka.”(riwayat muslim no 845)

Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w mengucapkan ucapan yang berbeza daripada apa yang disebut muazin.Ini bererti mengikut laungan muazin tidak diwajibkan.
Namun kebih baik kita senyap sambil mendengar dan menjawab azan.Imam al-Syafi’i, Ishaq bin rauyah,Imam Malik b Anas dan lain-lainnya mengatakan makruh bercakap ketika azan dilaungkan.Tetapi jika keadaan memaksa maka tidak mengapa bercakap sekadar perlu.Hendaknya tidak memanjangkan percakapan tersebut sehingga terluput daripada memperoleh keutamaan yang besar iaitu syafaat Baginda saw.
Sepatutnya hak pendengar azan adalah mengikut setiap lafaz muazin.

Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a megatakan bahawa dia mendengar nabi saw bersabda yang bermaksud “Apabila kamu mendengar azan maka ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan muazin,kemudian berselawatlah ke atasku.Sesungguhya sesiapa yang berselawat ke atasku nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.Kemudian ia meminta Allah al-wasilah atasku kerana al-wasilah itu merupakan kedudukan yang tinggi di syurga.Ia tidak boleh dimiliki kecuali untuk seorang dalam kalangan hamba2 Allah dan aku berharap akulah orangnya.Sesiapa yang memohon al-wasilah untukku maka ia pasti beroleh syafaat.(riwayat muslim n0 847)

Begitulah ganjaran kepada mereka yang menjawab seruan azan serta berdoa selepasnya.

Rujukan:
Solusi isu 23,slot soal jawab fiqah di m/s 39 oleh ustaz Syed Mohd Fadzil al-Yamani.

p/s:Kadang-kadang penulis terlepas pandang dalam isu mendengar azan ini.Dalam tidak sedar,mungkin dalam enak kita berbicara tentang agama,merujuk minta redha Allah swt tetapi alangkah takutnya andai kata usaha kita itu sebenarnya menjemput kemurkaan dari Allah swt dengan melalaikan diri dari ‘alert’ dengan perkara2 sebegini...waahuallam...

Friday, September 17, 2010

Salahkah bukan Islam memasuki masjid?


Kecoh apabila dua wakil rakyat bukan Islam selepas exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama masjid Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos tahun lalu sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dari DAP yang dikatakan menyampaikan 'tazkirah' di dalam surau Al-Huda Kajang Sentral pada Ahad lalu sementara rakannya ahli parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dari PKR pula diberi 'kebebasan' berada di saf paling hadapan di masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Mengikut Kamus Dewan, tazkirah bermaksud ceramah ringkas tentang agama Islam sebagai peringatan.

Namun tidak dapat dipastikan kedua-dua ahli parlimen itu 'bertazkirah' atau tidak. Ataupun penggunaan perkataan 'tazkirah' sesuai digunakan dalam isu ini.

Kedua-dua mereka berada di rumah ibadah umat Islam atas jemputan jawatankuasa masjid dan surau terbabit dan adanya mereka di situ telah mencetuskan polemik yang dahsyat seolah-olah mereka telah meruntuhkan atau mencemari surau dan masjid sehingga ke tahap yang tidak boleh dimaafkan lagi.

Banyak pihak menghukum kedua-dua wakil rakyat bukan Islam ini seolah-olah mereka sengaja mahu mencemarkan rumah ibadah umat Islam sedangkan jelas mereka adalah seolah-olah mangsa keadaan.

Sebagai reaksi segera atas insiden tersebut pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi terus menghukumkan bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

Kenyataan orang nombor satu Jais itu ternyata bertentangan dengan muzakarah jawatankuasa fatwa majlis kebangsaan bagi hal ehwal ugama Islam Malaysia kali ke-90 yang bersidang pada 1 Mac lalu telah membincangkan `Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid'.

Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Menurut portal rasmi fatwa Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di alamat http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid, bagaimanapun perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Pelancong dalam fatwa ini menyebut yang bukan Islam dan kedua-dua wakil rakyat itu sememangnya bukan Islam.

Dalam isu melibatkan Teo, jika mahu dipersalahkan sekalipun ialah melibatkan perkara etika berpakaian yang tidak tidak menutup kepala bukannya kerana beliau menyampaikan 'tazkirah' yang jelas bukan ceramah politik sebaliknya menyebut tentang bantuan pelajaran oleh kerajaan negeri Selangor.

Namun, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan dalam soal etika berpakaian para jemputan kalau bukan mereka yang menjemput?

Dalam soal ini, pihak yang patut dipersalahkan sepenuhnya ialah jawatankuasa surau Al-Huda yang beragama Islam sepatutnya menegur atau menasihati Teo supaya berpakaian lebih sopan dengan menutup kepala.

Sebaliknya, beliau yang bukan Islam itu dibiarkan berada di bahagian depan surau tanpa menutup kepala. Sepatutnya ahli jawatankuasa perlu sensitif dalam soal ini.

Tetapi berlainan halnya dengan rakan Teo di Selayang. William berada di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru dikatakan atas jemputan jawatankuasa masjid berkenaan. Beliau berpakaian sempurna, selain mematuhi etika pemakaian di dalam masjid.

Jadi adakah wajar beliau dituduh sebagai mencemarkan masjid? Sama-samalah kita fikirkan. Dalam isu ini, pendapat politik diletakkan di depan berbanding hukum dalam Islam. Wajarkah umat Islam mendahului nafsu politik berbanding hukum agama sendiri? Tepuk dada tanya selera.

Sebaik-baiknya kita rujuk pada hujah jawatankuasa Fatwa dalam soal ini iaitu dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi (menghambakan diri dengan Allah) amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

Selain itu, umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh (berlapang dada atau terbuka) dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

Fatwa itu diakhiri dengan hujah bahawa keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

http://www.malaysiakini.com/letters/141582
Hairulazim Mahmud Sep 1, 10 10:36am

Saturday, September 11, 2010

Kembali....


Aku kembali lagi selepas berbulan-bulan sepi dari penulisan.Bukan culas atau malas,tetapi apabila akal sudah ligat dengan menulis,maka memang sukar untuk menahan diri dari untuk berhenti menulis.Apa yang berlaku disekeliling,ingin sahaja dikongsi.Moge2 yg dikongsi menjadi pedoman pada yang mmbaca dan pada yang menulis ini....

Kadangkala hati ini sentiasa dikecamuk dengan perasaan tidak sedap hati,terasa kabu ini galau.Kadang-kadang merasa seperti hilang tempat berpaut..gelap tanpa cahaya,musnah semua harapan,jiwa sakit ingin menjerit,rasional pemikiran terkikis,termenung dan akal sedikit serabut...

Tapi semua itu ada solusinya...

Solusi??

Ya..solusi itu pada kita,carilah majalah solusi di kedai yang berhampiran,haha..
lawakku ada rasionalnya..

sbb akal akan terasa sedikit tersusun kerna mmbaca penulisan2 dr majalah solusi yg sgt2 terkesan pada jiwa...

Tapi pokok pada solusi itu sbenarnya ada pada yang lain...

Cuba kita amati firman Allah SWT:

“Dengan mengingati Allah maka hati-hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’d:13)

Allah juga berfirman yang bermaksud:

“Sesiapa yang bertawakal pada Allah maka Allah akan memberikannya jalan keluar,dan akan mengurniakannya rezeki dari arah yang tidak dijangkai.”(At-Talaq: 2-3)

Rasulullah SAW pula ada bersabda yang bermaksud:

“Allah itu lebih dekat dari lehermu.”

Allah berfirman lagi yang bermaksud:

“Berdoalah pada KU nescaya akan KU kabulkan.”(Al-Ghafir:60)

Renungi ayat2 ini....

Pinjamkan akal kita sebentar untuk berfikir...

Sebenarnya kita punya Allah yang dekat dengan kita....

Maka ubat yang sebenarnya adalah kembali padaNya,tunduk dengan penuh rasa patuh dan merendah diri...

Saban hari kita melalui kehidupan dengan penuh keangkuhan,dilingkari dengan kemewahan dan kesenangan sehingga kita lupa sujud pada yang esa...

Jarang ketika senang,kita ingat pada Allah...

Jarang sekali kan...

Lantas susah,barulah kita rebah mengingati DIA...

Mari kita sujud kerana kita merasakan kita ini memerlukan Allah.Sujud tanda syukur pada segala nikmat yang dikurniakan...

Suka saya berkongsi tip menarik dari Hilal Asyraf dalam bagaimana kita ingin menghilangkan keresahan pada diri...

• Pertama,bacalah al-quran,terutama surah toha,al-insyirah dan ad-dhuha...
• Beruzlah ataupun berkhalwat dengan Allah
• Ingat mati
• Solat
• Puasa

Aku ingin sekali mencari cinta Allah dan Rasul....

Carilah segala hikmah disebalik yang tersurat...

Kembalilah pada Allah dan bermuhasabah...

Marilah kita sama-sama memperingati antara satu sama yang lain...

Tulisanku ini,dituju khas pada diriku yang daif ini...

Semoga Allah merahmati kita semua....

Friday, September 10, 2010

Doa untuk bukan Muslim


Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang 'dikecohkan' sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salah faham dapat dielakkan.

Apabila seorang tokoh Umno yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya "malu") dengan fatwa Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan Muslim, saya jawab, saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut.

SMS beliau kepada saya: "Apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?"


Setelah mendapat SMS itu saya cuba mencari kenyataan Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.

Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain, di luar apa yang saya faham.

Perkataan "sejahtera" itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut:

Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu.


Harussani bukan lemah seperti saya

Adapun Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh - bukan lemah seperti saya - dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.


Pandangan agama yang membabitkan hal bukan Muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam.
Kita memberitahu dunia "Islam adalah agama yang rahmat". Pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.

Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan, terutama di media-media kerajaan, "assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam".


Walaupun Nabi SAW - seperti riwayat al-Bukhari - dalam praktik baginda, jika ada bukan Muslim bersama dengan Muslim, baginda hanya mengucapkan "assalamualaikum" sahaja. Perkataan "assalamualaikum" itu memang bermaksud "kesejahteraan ke atas kamu".

Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan "salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam". Tidakkah "salam sejahtera kepada bukan beragama Islam" itu satu doa untuk mereka?

Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru "Salam 1Malaysia" juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan Muslim. Mengapa tidak diharamkan? Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: Janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.

Nabi jampi orang gila bukan Muslim

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan Muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas.

Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.


Kata Abdullah bin Mas'ud: "Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi AS yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: "Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.

Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi SAW pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan Muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing.

Nabi SAW bersabda kepada sahabat tersebut: "Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar".

Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan Muslim.

Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan Muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan Muslim yang bermusuh dengan Islam.

Permainan politik

Firman Allah, maksudnya: "Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).


Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu Muslim atau bukan Muslim.

Firman Allah: "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan" (Surah Hud: 113).

Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik.

Sebab itu 'Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama: "Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil" (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.

Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredaan sesuatu pihak semata-mata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan Muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau perincian.

Cina rajin dan kaya

Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda? Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman?

Jika seorang pemimpin Muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan di kalangan mereka?


Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan Muslim menerima Islam ini. Orang Cina khususnya, mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh.

Jika Nabi SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab". (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.

Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Ogos 24, 10
3:50pm

sumber:ttp://www.malaysiakini.com/columns/140964

Thursday, September 9, 2010

Mari kita mengira....


Pernah kita terfikir andai kata kalau Allah itu jenis berkira sebagaimana berkiranya manusia.Sesungguhnya Allah itu tidak berkira dengan hamba2Nya.

Believe it or not,cinta Allah pada kita sangat la besar...

Sahabatku di Arau pernah berkata padaku,”Allah itu begitu.Dia memberikan kita kehidupan dengan percuma tanpa apa-apa bayaran,kita hanya diminta untuk menjalankan kehidupan itu dengan baik.kemudian Dia akan membeli kehidupan kita kemudian dia beri pula syurga yang harganya tidak terhingga dan tidak terimaginasi dibuatnya....

Aku senyap,cuba mghadam apa yg ditazkir oleh sahabatku td..

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“sesungguhnya Allah mmbeli daripada orang yang beriman dari mereka harta2 mereka,dengan memberikan mereka syurga..” (At-Taubah: 111)
Allah itu CINTA pada kita...

Tempoh hari aku ada terbuka laman blog Ustaz Hasrizal,dia ada menggariskan beberapa perkara mengenai sifat cinta Allah kepada hamba2Nya.Antaranya ialah;

• Memberi tanpa meminta sebarang pembalasan.Allah itu al-wahhab,maha kaya,tidak perlu pada makhluk.Oleh itulah Allah mmberi dengan sifatNya yang al-wahhab tanpa mengurangkan langsung pembehandaraanNya.

• Memberi secara berulang-ulang.Al-wahhab akan terus mmberi berulang kali,tidak jemu member dan tiada marah pabila dipinta.

• Memberi tanpa dipinta.Dia memberi tanpa dipinta,Kiralah pada segala bagai perkara disekeliling kita,Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta.Dia berikan kita sahabat yang baik,tanpa kita minta dan jangka.Pelbagai lagi nikmat yang kadang2 kita tidak terfikir mengenainya.

• Memberi sesuatu yang amat berharga.Dia kurniakan kita dengan sifat al-wahhab,bukanlah hiasan yang berharga,harta atau rumah yang bertingkat2 luasnya.Apa yang ditekankan disini ialah rahmat,pengampunan,pada setiap taat dibalas nikmat,satu maksiat dibalas binasa kiamat.Peluang terus menerus sehinggala pintu taubat tertutup rapat.

• Memberi sesuatu kebaikan agar menghasilkan kebaikan.Pelbagai kebaikan diberikan pada kita agar kita sambut penuh syukur dan taat penuh khidmat kepada sesame insan,Diberikan kita ilmu untuk berdakwah.Diberi segala yang baik agar kita berbuat baik pada kebaikan yang kita dapat.

Allah amat cintakan kita pembaca-pembaca sekalian...

Kita??

Kita patuh dan taat pada mulanya,pabila dipinta semuanya diberikan.Tatkala Allah uji kita sedikit dengan ujian,lantas kita terus culas dengan Allah,kita lari dari pegangan asal.

Manakan seseorang itu dilabel beriman selagi dianya tidak diuji...

Aku kagum,aku hormat,aku terharu...

Pabila dia diapit kesedihan yang dia dan Allah sahaja yang tahu...

Bayangkan aku jika ditempat mereka...

Dalam sujud akhirku,selalu kupinta agar jangan dibolak balikkan hati ini,biarlah ia teguh sentiasa di jalan yang lurus...

Aku tak mahu bergembira diatas penderitaan orang lain...

Memang wajah boleh terseyum,sekadar menjaga diri dari kerisauan orang lain...

Allah tidak berkira...

Allah cinta pada kita...

Kadang kita buta pada cinta illahi...

Mari kita celikkan jiwa pada syawal yang bakal menjelang esok...

Aku,kau,mereka semuanya hamba...

Hamba pada siapa??

ALLAH SWT....

Mari kita mengira....

-sekian-

Sunday, July 18, 2010

Aku, bas dan masjid.


Masa berlalu pantas,terlalu pantas.Sehinggakan apa yang dibuat saban hari terasa sekejap sahaja.Sesibuk mana pun aku yang pasti masa tidak akan menunggu kita walau sesaat pun.Masa itu ibarat pedang,andai kata kita tidak memotongnya,ia akan memotong kita dan pelbagai ungkapan yang boleh menggambarkan betapa berharganya masa itu pada kehidupan kita seharian.

Jika dilihat dari segi pendahuluan sebentar tadi,mungkin tiada kaitan dengan tajuk yang ingin dikongsi pada kali ini,namun mukadimah sekadar mukadimah dan isi yang ingin dikongsi adalah tidak terlalu jauh dengan dengan tajuk diatas.
*********
Sabtu 17 Julai 2010,

Setibanya aku di stesen LRT Ampang,perkara dalam minda adalah untuk mengejar masa untuk tiba dirumah,sampai awal boleh la makan cepat sebab perut dan berkeroncong cam nak pecah.Almaklumla sarapan pagi tadi pun tak sempat nak dihadam.

Jam ditangan tepat menunjukkan 1.45 petang,bang zohor sebentar lagi akan berkumandang,Jarak bas dan masjid adalah dalam 500m.Jarak yang tidak seberapa jauh kalau diikutkan dengan kudrat orang muda yang ada pada aku ini sepatutnya tiada masalah untuk bergerak,tetapi hati resah takut-takut bas yang nak dinaiki terlepas pula.

Masa berlalu dan terus berlalu,bas yang patutnya sampai pada pukul 2 petang still tak kunjung tiba.Buatkan dada sedikit berasap dengan kerenah rapid KL yang tak pernah nak on time.Dalam masa yang sama aku sedikit resah,azan sudah bang,aku pula masih di stesen bas.Masjid pun bukan jauh mana pun.Pada masa yang sama aku takut,kalau aku pergi ke masjid,nanti bas datang pulak.Kalau terlepas,jenuh nak tunggu lagi sejam...pening-pening..

Kali ini aku betul-betul gelisah,mengenangkan azab orang yang gemar sangat menangguhkan solat,pesan abang kamal padaku sebaiknya solat la awal pada masanya dan diikutkan solat yang berkualiti adalah solat yang diawal waktunya dan dapat berjemaah.

Bas demi bas berlalu,nama bukit indah still tak terpacul-pacul.Sesak dengan kata-kata abg kamal dalam ruangan medulla oblongata,aku terus tekad angkat kaki terus ke masjid.Lantak pi la bas tuw,dari aku menuggu dan terus menunggu sedangkan amanah terbesar dalam hidup dilewat-lewatkan,its better for me angkat kaki blah dari situ.Sampai masjid aku sdikit frust coz tak de da jemaah.Aku seorang je yang tinggal.namun begitu,aku bersyukur aku diberi kesempatan untuk aku beribadat di rumah Allah.

Selesai solat,dengan hati yang sangat-sangat tenang dan plus tawakal dengan isu bas tadi,aku pown melangkah dan alangkah terkejutnya apabila bas yang sangat-sangat aku tunggu tadi da terpacak betul-betul kat stesen bas tuw,siap driver pi beli air sat kat kedai.Subhanallah!!Meremang bulu roma aku,terasa diri ney hina sangat,aku teringat dalam kuliah ustaz Yus..”kita ney manusia tak pernah sunyi dengan dosa,sebanyak dosa mana sekalipun kita ney tapi kasih sayang Allah sentiasa mendahului kemurkaanNya.Takjub plus terkesima.

Terasak lagi aku dengan ayat2 al-quran yang menceritakan tentang janji Allah kepada hambaNya,antaranya:

“Dan ingatilah Aku,maka Aku akan mengingati kamu,dan bersyukurlah kepada-ku,dan jangan sesekali kamu kufur.”(Al-Baqarah:152)

“Wahai orang yang beriman,mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat,sesungguhnya Allah itu bersama dengan orang2 yang sabar.”(Al-Baqarah:153)

“Sungguh orang yang beriman,yang megerjakan kebajikan,melaksanakan solat dan menunaikan zakat,mereka mendapat pahala disisi Tuhannya.Tiada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.”(Al-Baqarah:227)

Bas kemudiannya bergerak menuju ke destinasi.Walaupun pengalaman yang aku kongsikan ini hanyalah satu perkara yang biasa,tapi apabila kita memandang dengan mata hati,perkara yang biasa inilah yang luar biasa.

-Aku,bas dan masjid TAMAT-

Friday, July 16, 2010

harapan pada mu subur kembali..






Wahai Tuhanku Yang Esa
Bila Kenangkan Qahar-Mu
Rasa Gerun Di Hatiku
Kerana Takutkan Seksa-Mu

Hamba-Mu Rasa Berputus Asa
Siapakah Dapat Bersihkan Diri
Dari Segala Dosa yang Memburu
Setiap Hari Setiap Ketika

Tika Mengenang Ghafar-Mu
Putus Asa Tiada Lagi
Semangatku Pulih Semula
Harapanku Subur Kembali

Ujian Menimpa Menekan Di Jiwa
Tak Sanggup Meneruskan Perjuanganku
Mehnah-Mu itu Penghapus Dosaku
Mengganti Hukuman-Mu Di Akhirat

Di Waktu Mengenang Rahmat-Mu
Terasa Diri Kurang Bersyukur
Pada-Mu Harusku Memohon
Moga Syukurku Bertambah

Alangkah Susahnya
Mendidik Nafsuku
Yang Tidak Dapat Melihat Kebenaran-Mu
Bantulah Hamba-Mu
Dalam Mendidik Jiwaku Ini



"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."



Monday, July 12, 2010

cinta al huda...


Maafkan aku
Maafkan aku kerana meminggirkanmu
Menyisihkanmu dari lembaran hidupku
Aku hidup sendirian
Tanpa memikirkan perasaanmu
Tanpa memikirkan betapa sedihnya dirimu
Betapa pilunya hatimu



Aku tahu kau merintih dari jauh
Mengharapkan kepulanganku ke sisi
Aku tak sedar semua itu
Aku masih dalam duniaku
Dunia yang kucipta sendiri
Walaupun tanpa basahnya lidahku
Membaca setiap bait darimu



Namun mungkin kerana
Cintamu masih kuat padaku
Kau masih memimpinku
Dari kejauhan



Aku melakukan kewajipanku
Walau ada kekurangan
Namun kucuba sebaik mungkin
Menjadi hambaNya








Setelah lama aku termenung
Berfikir dan terus berfikir
Menyoal dan terus menyoal
Akhirnya aku bertemu jua
Jawapan yang merungkai
Segala persoalan



Suaramu menggamit jiwaku
Membuat aku kehibaan
Air mataku menitis
Aku berasa cukup sempurna
Walau aku tidak memahaminya
Betapa menyesalnya aku
Kerana meninggalkanmu



Kenapa aku tak membaca bait-bait indahmu?
Kenapa aku tak menghayatimu?
Sesungguhnya kaulah jawapan pada pencarianku









Aku gembira…
Kerana lidahku kini basah dengan ayat-ayatmu
Fikiranku makin tenang
Kaulah penawar hatiku di saat kesukaran
Tak tahu mengapa
Mungkin itulah kelebihanmu



Ya Allah
Jadikan al-quran penyejuk hatiku
Penawar luka dan laraku
Panduanku
Walau waktu dan musim berubah
Walau aku yang berubah
Harapanku…
Biarlah ia sentiasa di dadaku
Selama-lamanya



Wahai kalamullah
Wahai al-huda
Wahai as-syifa’
Serapilah dalam jiwaku
Dalam setiap aliran darahku
Sehingga aku kembali
Kepada Dia yang menurunkanmu
Semoga kita bertemu di sana dan berbual mesra
Agar dapat kuselami dirimu sedalam-dalamnya…




Tuesday, July 6, 2010

mengatasi keindahan dunia...



Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit. Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.


Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT. Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari).


Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegaslah bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Saturday, July 3, 2010

memoir...



Aku bersama senior-senior dan sahabat-sahabat IMAM...

Yang pasti kerinduan pada mereka tidak akan malap...

Saat mana hidayah datang tanpa kita sedari..

Dalam satu lingkup masa kita memerlukan kesedaran nabawiyah..

Gerak geri mereka sentiasa meniup obor-obor perjuangan..

Masa terus berlalu..

Meninggalkan memoir yang tulus tanpa padam...

Benarlah kata sebuah pujangga..

Ikatan perjuagan itu lebih kuat daripada ikatan adik beradik yang diikat dengan darah..

Betapa manis dan bahagianya berada dalam usrah dan perjuangan islam..

Akhir kata...

Aku sayang mereka kerana Allah untuk islam...

Salam ukhuwah dari sahabatmu..

TANGGUNGJAWAB HAMBA HANYA TAAT...


Pernah membaca surah al-‘Adiyat?

Andai kita membaca terjemahannya.Ada sesuatu yang besar di dalamnya padaku.Jom lihat maknanya satu persatu...

“Dengan nama Allah Yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang”
“Demi kuda perang yang berlari kencang sekencang-kencangnya.”
“Dan kuda yang memercikkan bunga api(dengan pukulan ladam kakinya).”
“Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba pada waktu pagi.”
“Sehingga menerbangkan debu-debu.”
‘Lalu menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh.”
“Sungguh manusia itu sangat ingkar(tidak bersyukur) kepada tuhannya.”
“Dan sesungguhya dia(manusia) menyaksikan mengakui keingkarannya.”
“Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan”
”maka tidakkah dia mengetahui apabila apa yang ada didalam kubur dikeluarkan”
“Dan apa yang tersimpan di dalam dada dikeluarkan?”
“Sungguh,tuhan mereka pada hari itu Maha teliti terhadap keadaan mereka.”
(Al-‘Adiyat: 1-11)

Setelah beberapa pembacaan dan pendengaran yang telah kuteliti dan hayati,sememangnya ayat ini mempunyai satu perkongsian yang sangat-sangat mendalam ertinya..

Apa yang aku dapat ianya adalah satu perbandingan.Perbandingan antara manusia yang berakal dan kuda perang yang tidak dikurniakan akal.
Dalam sebuah buku yang aku baca,buku itu bertajuk ‘kembara hamba mencari cahaya’ karya Hilal Asyraf..Aku tertarik pada penyampaian beliau,dimana salah satu pengalaman beliau,beliau sangat-sangat tertarik dengan penyampaian seorang guru bahasa inggerisnya,Sir Abdul Natsir,beliau hendak naik ke surau ketika itu,terdengar dia membicarakan surah ini.Beliau tertarik dengan penyampaian itu dan terus bersembunyi di sebalik dinding dan mendengar bicaranya.

Sir Abdul Natsir menyoal,apa hikmah Allah SWT menyatakan kuda perang disini,kemudian menyatakan pula keingkaran manusia kepada-Nya?

Dia berkata,kalau kita melhat sendiri kehidupan kuda perang itu,maka hati kita akan tersentuh.Kuda perang ini,sesuai dengan namanya,dia digunakan untuk berperang.Dia dibesarkan dengan tujuan untuk menemani tuannya,si penunggang kuda untuk berperang di medan peperangan yang dahsyat.Makanan harian kuda perang hanyalah rumput kering,dan dia hanya minum air kosong yang bukannya dimasak.Dan dia mempunyai risiko yang besar untuk terkorban dalam medan perjuangan.

Walau mnedapat layanan sebegitu rupa,kuda perang,sebagaimana yang diceritakan Allah dalam surah ini,ternyata bersemangat dan bersungguh-sungguh.Kuda perang berjuang bersama-sama tuannya sehingga ladam kakinya memercikkan api dan menaikkan debu-debu pasir,menunjukkan kedashyatan semangatnya bersama tuannya.Dia sanggup bangkit pada awal pagi dan berperang bersama tuannya tanpa membantah.Walaupun makanannya adalah hanya rumput kering dengan penjagaan yang ala kadar.

Dibandingkan kita manusia,Allah berikan kita nikmat yang pelbagai sehingga tidak terhitung banyaknya.Yang kebanyakan kita lakukan ialah melupakanNya.Yang kebanyakan kita lakukan ialah meninggalkan segala perintahNya.Sedangkan kuda perang yang dilayan serba kurang sanggup berjuang mati bersama-sama tuannya,tetapi manusia lebih mencintai dunia daripada Allah SWT yang menciptakannya.

Aku tertarik melihat artikel ini.Aku terpegun,Di balik dinding aku terfikir.Aku mendapat satu kefahaman.Tanggungjawab hamba ialah ketaatan kepada Allah,tunduk dan patuh kepada segala perintahNya serta meninggalkan laranganNya.Itulah yang aku Nampak.Kuda perang apabila mati dia tidak mendapat apa-apa pun,mana ada syurga atau neraka,hatta tuannya pun akan lupakan dia.Namun dia sanggup mentaati tuannya yang melayan nya ala kadar.

Justeru,apakah yang sepatutnya kita ini yang mati nanti dijanjikan pelbagai ganjaran,yang dilayan oleh Allah tanpa kekurangan,lakukan?

Aku jadi malu dengan kuda perang.Dia tidak berakal,aku berakal.Apakah kerana dia tidak berakal maka dia taat tanpa bantah,atau kerana aku berakal,maka saya rasa saya bijak lalu membantah?Sepatutnya kita yang berakal ini lebih taat,lebih tawaduk,lebih berjaga-jaga,kerna kita berfikir dan dapat menilai.

Masya-Allah..surah al-‘Adiyat ini kalau dihayati,tidak sampai seminit,tetapi maknanya sangat sesuai untuk sepanjang kehidupan kita.

Tanggungjawab hamba ialah taat kepada Allah semata-mata.

“tiada ilah melainkan Allah”

Sebab itulah dalam al-quran,kita akan jumpa berulang kali dengan ayat ini...

“taatlah kamu kepada Allah...”

Alangkah baiknya kalau kita ambil masa sebentar,duduk dan berfikir...

Tuesday, June 29, 2010

Biasa yang luar biasa...


Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala.

Khalifah:”Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.”

Namun apakah jawapan budak itu?katanya:”Aku lihat ketika orang menyalakan api,mereka akan masukkan ranting-ranting kecil dahulu.Setelah ranting kecil telah terbakar,barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar.Aku takut hal yang sama akan berlaku di dalam api neraka kelak.Aku umpama kayu kecil itukah?

Mendengar jawapan itu,khalifaah turut menangis…

pengajaran:Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati,semua yang dilihat akan memberi pengajaran dah hikmah.Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia,dilihat luar biasa oleh orang yang takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan dosa dan maksiat...

Wednesday, June 23, 2010

sehabis penafian


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.
Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).
Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan di sebuah hotel di Sepang malam Isnin lalu yang melibatkan pegawai tertingginya diberikan penerangan tentang 'hubungan' Dr Asri dengan Wahabi, JI dan beberapa lagi pemimpin politik negara.


Difahamkan juga Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin didakwa memberikan penjelasan itu kepada pegawai yang hadir.

Menurut sumber, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya mufti Perlis Dr Juanda Jaya (kiri), mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas lanjut, Dr Juanda dan Dr Asri berkata: "Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan.

"Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka.
Menurut mereka, Abdul Hadi (bawah, kanan) dan Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan.


"Beliau (Abdul Hadi) ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat.

"Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Demikian (juga) dengan Datuk Seri Shahidan, (yang juga) (bawah, kiri) bekas MB Perlis dan kini ahli Majlis Tertinggi Umno, naib presiden PERKIM dan akvitis berbagai (pertubuhan) kebajikan rakyat.


"Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya Umno dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," tambahnya.

Walaupun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai JIM, tegas mereka, "namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu.
'Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," tegas Dr Mohd Asri (bawah, kanan) dan Dr Juanda.
Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai satu fitnah rambang.

Mereka juga meminta pihak polis supaya menyiasat individu yang membuat tuduhan tersebut.


Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan individu tersebut, tambah mereka, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri "seakan-akan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas".

"Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.

"Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab.

"Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit," tambah mereka

Dr M lulus lesen judi andai diberi kuasa...


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.


Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi.
Pada 14 Jun lalu, Mahathir berkata bantahan pembangkang terhadap usaha meluluskan lesen judi sukan di negara ini bukanlah disebabkan ajaran agama, tetapi demi kepentingan politik semata-mata.

"Bantahan itu kerana politik, bukan kerana Islam. Takkanlah DAP pun hendak dokong ajaran Islam. (Bila) DAP pun dapat sertai (bantahan), ini (menggambarkan) politik parti pembangkang hendak cari isu.

"Sedangkan dalam muktamar PAS ada cadangan suaya semua jenis judi diharamkan, tetapi PAS tak hendak," katanya ketika ditanya tentang bantahan pembangkang melalui pelbagai cara seperti ceramah dan demonstrasi.

sumber:www.malaysiakini.com