Tuesday, November 2, 2010

Ibu memberi bukan untuk menerima...



Saya betul2 tersentuh.Air mata hampir menitis.Kata-katanya singkat tapi sangat menyentuh.Tuan Syed(begitulah panggilan saya pada dia) bercerita seadanya.Perlahan,seakan-akan berbual ringan.

“Cuba ceritakan keistimewaan ibu Tuan Syed?”

“Semua ibu istimewa.”

“Tapi saya ingin dengar kisah ibu Tuan Syed.Ya semua ibu istimewa tetapi keistimewaan seseorang ibu dengan yang lain pasti berlainan.Apa keistimewaan ibu Tuan Syed?”pinta saya seakan merayu.

“Saya teringat...”Tuan Syed mula bercerita.”Satu hari semasa umi sangat uzur dia ingin turun tangga melihat halaman rumah.Sakitnya kian berat.Badannya lemah.Saya papah ummi menuruni tangga.”

Saya mendengar penuh minat.

“Tiba2 ummi berkata,ummi risau,kalau ummi meninggal nanti siapa yang doakan kamu!”
Saya tersentak.Benar2 tersentuh.Jika sayalah di tempat ibu Tuan Syed itu mungkin kata-kata saya berbeza.Mungkin saya akan berkat begini,”kalau ummi meninggal nanti,sapalah diantara anank2 ummi yang nak doakan ummi ya?”Tetapi sebaliknya bagi ibu Tuan Syed di depan saya,dia bimbang kalau tidak dapat ‘memberi’,manakala saya bimbang kalau tidak dapat ‘menerima’.

“Apa kesan daripada kata-kata ibu kepada Tuan Syed?”cungkil saya.

“Semenjak itu hingga kini,selepas 5 tahun kematiannya,saya tidak pernah luput daripada mendoakannya setiap kali selepas solat lima waktu.Kata-kata itu sangat berkesan di hati saya.”

Matanya mula berair.Sebak.Jiwa saya terpukul.Ah,lalainya aku,kekadang lupa juga mendoakan ibu seusai solat 5 waktu.

Kini setelah hampir sebulan perbualan itu berlalu,hati saya masih sukar memutuskan siapa yang lebih bertuah,Tuan Syed yang mendapat ibunya yang baik atau ibu Tuan Syed yang mendapat anak yang baik?tapi hakikatnya,siapa yang menyayangi akan disayangi.Siapa yang paling tinggi kasihnya,dialah yang paling banyak member.Ya,kita akan lebih banyak menerima jika kita memberi bukan untuk menerima!

p/s:cerita ini aku ambil dari buku nota hati seorang lelaki...mmbaca nota ini teringat pada ibu di rumah,teringat pada segala genap pengorbanan ibu..hiba bila direnungkan..kagum aku memanjang..mana mungkin ada pengganti sehebat dia nanti..ya,teruskan berdoa wahai anak..teruskan...

No comments:

Post a Comment