Monday, September 20, 2010

Azam baru....


Manchester united kembali bernafas apabila mengukir kemenangan manis 3-2 terhadap musuh ketatnya semenjak 64 tahun yang lalu iaitu Liverpool.

Di bawah kepimpinan regim baru di bawah Roy Hodgson,persembahan mereka masih jauh dan gagal untuk menandingi penguasaan dan kreativiti yang ada pada pasukan Manchester united.

Hat trick dari berbatov,satunya tandukan yang cantik,keduanya overhead kick yang brilliant dan ketiganya adalah tandukan yang routine telah cukup menjel makan kemenangan manis pada united.

Sekian lama perlawanan antara dua jagoan ini tiada pemain yang menjaringkan hatrick dan berbatov telah membuktikan hari ini dialah orangnya yang telah berjaya memecahkan tradisi tersebut.

Mungkin sesetengah penyokong Liverpool yang dulunya cinta dan sayang pada Liverpool kini telah berubah dengan berazam tidak mahu mengambil kisah mengenai bola sepak lagi.Manakan tidaknya,setelah bertahun lamanya Liverpool terus dirundum malang dengan prestasi yang megecewakan dari semasa ke semasa.

Sesungguhnya bola sepak adalah satu hiburan riadah pada penulis.Kita boleh mengikuti tapi jangan sampai terlalu taksub sehingga mengabaikan tanggungjawab kita pada illahi.

Mari berazam menjadi hamba yang lebih baik dari semalam dan hari-hari yang sebelumnya.

Maasalamah.....

2 comments:

  1. salam. xperlu kot letak tajuk tu. ~~
    ~dlm bbrapa keadaan org lain lbih kenal siapa kte tp slalunya kita lebih faham siapa diri kte~

    ReplyDelete
  2. sangat stuju dengan kata2 kita hamba td,tapi kita jarang sedar dengan keadaan diri dari pandangan orang sekeliling.Jangan salahkan mereka kerna mereka ada hak untuk menilai.Masing2 ada pandangan dan prinsip hidup yang berbeza2.

    isu tajuk..perlu je rasenye,>_<

    ReplyDelete